PELBAGAI ragam anak-anak bersekolah dalam suasana norma baharu dapat dilihat. Ramai ibu bapa yang aktif dengan media sosial nampaknya bertali arus berkongsikan momen bersejarah itu dalam Facebook mahupun Instagram.

Ada yang seronok dan teruja untuk belajar secara maya di hadapan laptop, tablet mahupun komputer peribadi, namun tidak kurang juga ada yang buat muka kebosanan atau tidak muncul langsung dalam kelas online.

Tidak dinafikan pelbagai usaha terbaik dilakukan para guru untuk berkongsi ilmu termasuk merakam video interaktif untuk memudahkan anak murid faham.

RAGAM PdPR

Bukan mudah sebenarnya untuk mengajar secara maya kerana banyak dugaan dan cabarannya. Bukan sahaja guru, ibu bapa pun turut memainkan peranan penting untuk bersama membantu mendidik anak-anak.

Pun begitu, ada juga gelagat guru-guru yang berusaha untuk mendidik anak murid, walaupun ada dalam kalangan mereka yang culas untuk muncul ke kelas online.

Apa yang menarik perhatian, terdapat perkongsian video guru-guru tular di media sosial yang berusaha sebaik mungkin untuk mengajar anak murid yang berdegil atau malas untuk membuat kerja sekolah yang diberikan.

Tidak kurang juga mengajar dari rumah dengan gangguan bunyi seperti ayam berkokok juga boleh mengganggu-gugat fokus guru untuk mengajar.

RAGAM PdPR

Agak melucukan tetapi itulah kegigihan para guru untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Bukan mudah ya sebenarnya apabila kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

Ada juga kisah yang tular di media sosial mengenai kesungguhan seorang ibu, Hanizah Abdul Majid, 38, yang berusaha untuk memastikan pendidikan anaknya sempurna.

Perkongsian Mohd Asri Saifuddin di akaun Facebooknya ternyata membuat ramai terharu dengan kesungguhan Hanizah demi anak tercinta.

Masakan tidak, beberapa foto yang dikongsikan jurugambar Bernama itu menceritakan gelagat Asian parent yang berusaha yang terbaik untuk anak mereka.

RAGAM PdPR

Iklan

Meskipun menjaga ibunya yang terlantar kerana angin ahmar, Hanizah tetap memastikan anaknya, Dhiya Hannah Mirza Umi Azilani, 10, dapat belajar dengan baik walapun terpaksa duduk di tengah halaman rumah.

Siap meja dan kerusi di tengah-tengah halaman rumah, Hanizah turut menyediakan payung kecil untuk anaknya supaya tidak berpanas sepanjang PDPR. Aduhai tabahnya hati ibu inikan?

Gigih mencari line internet walaupun di tengah halaman rumah, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor ini tetap bersemangat untuk belajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di rumah.

RAGAM PdPR

Iklan

SinarPlus percaya, bukan sahaja Hanizah seorang yang bersungguh-sungguh demi anak belajar, bahkan ramai ibu bapa di luar sana berusaha membeli PC, laptop ataupun tablet yang mampu milik untuk anak yang ramai.

Percayalah, kemudahan gajet seumpama itu amat diperlukan ibu bapa memandangkan kebanyakan kelas dibuat atas talian. Ada manfaat juga wang i-Sinar untuk membeli keperluan gajet anak-anak.

Duit interim pun sudah dapatkan? Berjimat dan berhemahlah ketika berbelanja. Moga semua dugaan wabak Covid-19 akan segera hilang. Insya-ALLAH. #janganputusasamalaysia