MENGAHWINI lelaki yang sebaya dan merupakan bekas rakan sekolah menengah saya, namun dia jenis yang lembut dan selalu bergaul dengan mak nyah pada zaman remajanya.

Namun, sebelum berkahwin, beliau berjanji untuk berubah dan ya, memang dia berubah.

Pun demikian, selepas ibunya meninggal dunia, suami saya nampaknya ada cubaan kembali ke zaman gelapnya. Dia sudah mula memakai pakaian wanita dan bermekap secara diam-diam ketika keluar malam.

Saya risau melihat keadaan itu. Saya pernah berbincang dengannya, namun saya pula dimarahi. Tolong haji, apa nasihat tentang dilema yang saya hadapi ini?

ISTERI TERTEKAN, 36
Banting, Selangor

JAWAPAN:

Sudah tentunya pengadu atau para isteri di luar sana yang sedang menghadapi masalah ini akan berada dalam keadaan tidak selesa dan tertekan.

Perubahan suami yang dikatakan menjadi lelaki lembut selepas ibunya meninggal dunia menunjukkan bahawa dia sebenarnya mahu menjaga hati ibunya semasa orang tua itu masih hidup.

Pun demikian, selepas ibunya sudah tiada, personaliti si lelaki berubah sehingga sanggup memakai baju perempuan dan sebagainya, pasti meluluhkan hati pengadu sebagai seorang isteri.

Suami lembut
Bersama Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Hushim Salleh.

Justeru, pengadu perlu memainkan peranan yang agak mencabar demi membina semula hubungan kasih sayang bersama suami.

Pertama sekali, si isteri dinasihatkan supaya berkomunikasi dengan cara lemah lembut kerana jiwa lelaki lembut ini sebenarnya sangat sensitif dan emosinya cukup halus.

Jangan sesekali berkata kasar dan menggunakan perkataan yang melabel kerana tindakan berbentuk provokasi tersebut akan membuatkan suami memberontak.

Pendekatan lebih baik adalah mendidik dan ‘mentarbiah’ dengan cara lemah lembut. Kalau boleh, wujudkan suasana kasih sayang dan peluk suami selalu.

Saya juga ingin menyarankan kepada pengadu atau semua isteri yang berdepan situasi sama supaya mewujudkan komunikasi yang harmoni.

Baca juga Suami bengis selepas hilang kerja akibat pandemik Covid-19, ini saranan pakar motivasi buat keluarga terkesan

Iklan

suami lembut

Sebenarnya, orang yang lembut ini mempunyai sejarah lampau, sama ada kurang kasih sayang daripada bapa, keluarga dan sebagainya.

Oleh itu, pengadu perlu berusaha lebih gigih untuk memulihkan suami menjadi seorang lelaki tulen.

Iklan

suami lembut

Kalau boleh, sentiasalah mendampingi suami dengan aktiviti yang boleh dikatakan memberi ruang kepada suami untuk merasai bahawa ada seseorang bersamanya.

Selain itu, kita perlu berdoa kepada ALLAH supaya dapat mengekalkan suami pengadu menjadi seorang lelaki tulen semula, insya-ALLAH suami puan akan balik ke pangkal jalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan