ALANGKAH bahagianya apabila hubungan cinta yang disemai akhirnya dapat disatukan dengan lafaz pernikahan.

Pastinya momen indah seumpama itu akan dirakam sama ada dengan foto pegun atau video sebagai kenangan untuk diri sendiri dan anak-anak nanti.

Namun, apa yang menarik perhatian SinarPlus adalah mengenai satu gambar yang tengah viral ketika ini iaitu cerita seorang wanita yang sanggup pikul suaminya seberat 53 kilogram selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.

Perkongsian pemilik akaun Facebook, Syidah Tat ternyata membangkitkan perasaan lucu dek sikap bersahaja mereka yang sporting bergambar sambil mendukung suaminya. Lain sungguh stail gambar kahwin mereka ini!

Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh 😂 alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha 🙈 Bahagi 3 dengan syita😆

Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias… Macam tak percaya pun ada 😂

SYIDAH VIRAL

Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampailah Syidah habis degree 🥱. Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas 😝  lepas sebulan, dia ajak syitat nikah ☺️

Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.. Benar lah jodoh itu rahsia Allah..
Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya ❤️ ni bukan appreciation post lagi tau 🙈 @ Felda Lepar Hilir 1

SYIDAH VIRAL

Iklan

Hubungan cinta selama tujuh tahun masih bertaut kembali walaupun katanya sudah break lebih empat tahun.

Betullah orang kata kalau sudah jodoh, bawa diri sampai ke Austria pun jika ALLAH izinkan, pasti berjumpa juga, kan?

Iklan

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan Syida Tat menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan sweet itu berkekalan sehingga ke jannah.