MASIH gigih berniaga pada usia senja membuatkan ramai akan berfikir sejenak.

Selayaknya, usia emas seperti itu, tempat mereka bersenang-lenang di rumah dan bermain dengan cucu. Tidak perlu lagi bekerja keras untuk menampung hidup kerana anak-anak boleh membantu.

Pun begitu, kita tidak tahu sejarah dan kesusahan yang dihadapi oleh golongan tua seperti itu yang terus bekerja demi survival hidup.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang wanita dalam akaun Twitter, @aidaaidil, membuatkan netizen sebak.

Dalam ciapannya, wanita itu berkata, seorang pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun yang ditemuinya masih kuat bekerja dengan berniaga air kelapa di tepi jalan berhampiran kawasan Bandar Puteri, Klang, Selangor.

Aida sebelum ini pernah membeli air kelapa yang dijual dari lori kecil yang diparkir di tempat agak tersorok dari laluan orang ramai.

pakcik niaga

Tulisnya, sikapnya yang suka bertanya membuatkan dirinya terkedu mendengar luahan hati pakcik tersebut sehingga mendorongnya berusaha untuk meringankan bebannya selagi termampu.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapa yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing.

“Sanggup ke tengok dia orang kerja macam ni? Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bil. Aku tak nak tanya banyak, nanti bengkak mata aku, ” kata Aida seperti yang dipetik menerusi ciapan Twitternya.

Katanya lagi, bukan niat untuk mengaibkan sesiapa. Beliau hanya bertujuan untuk membantu demi kelangsungan hidup pakcik tersebut.

“Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok orang tua kena hadap benda macam ni, ” katanya.

Iklan

Perkongsian panjang yang dikongsikan Aida telah menarik perhatian ramai pihak dan ramai berusaha bersama-sama untuk membantu.

pakcik niaga

Tidak kurang juga memuji usaha murni wanita terbabit yang membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Ada juga berkongsi pengalaman pernah membeli air kelapa yang dijual pakcik itu.

Iklan

pakcik niagaDoa dan kata-kata semangat juga turut dikongsikan buat pakcik dan mereka yang membantu.

Usaha murni seumpama itu wajar dipuji kerana memberi inspirasi kepada mereka yang sedang susah untuk terus bersemangat dan gigih untuk berniaga demi kelangsungan hidup.

pakcik niagaTidak dinafikan, ramai yang terjejas akibat musim Covid-19 sehingga ada yang hilang kerja dan dipotong gaji. Ada juga cuba-cuba nasib dengan berniaga tepi jalan demi mencari sesuap nasi.

Buat kita yang masih mampu mengharungi dugaan mendatang, jangan lupa toleh kiri kanan dan bantulah mereka yang memerlukan. #kitajagakita