SAMBUTAN bulan Ramadan dan Syawal tahun ini nampaknya lebih meriah selepas kerajaan memberi jaminan bahawa tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan merentas negeri.

Paling syok, umat Islam di negara ini sudah boleh solat tarawih berjemaah di masjid dan mengimarahkan rumah ALLAH dengan aktiviti keagamaan.

Bukan itu sahaja, bazar Ramadan yang kini sudah dibenarkan operasi seperti biasa kembali dikerumuni orang yang rata-ratanya rindu dengan suasana tersebut.

bazar ramadan

Apabila menyebut mengenai Ramadan, pasti ramai juga tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk menyambut lebaran bersama insan tersayang.

Sudah tentunya individu yang paling gembira adalah orang tua kita.

raya

Mana tidaknya, persiapan sudah rancak dijalankan termasuklah pemasangan lampu raya di halaman rumah meskipun baru seminggu kita semua berpuasa.

Perkongsian video pendek berdurasi 37 saat oleh seorang pengguna Tiktok, @BasyiraHshm membuatkan ramai terhibur.

@ibusafaaa_ lampu kelip kelip kat rumah sendiri je gigih mak pak aku hias ni . #fypシ ♬ Angel Baby – Jolyon Petch Remix – Troye Sivan

Lampu raya yang dipasang di sekeliling halaman rumah itu mengalahkan replika lampu-lampu yang ada di I-City Shah Alam, Selangor.

Entri tersebut menerima lebih 373,000 tontonan berkenaan menggambarkan kegigihan ibu bapa wanita terbabit menghiasi rumah mereka dengan hiasan lampu indah.

lampu raya

Lampu yang dipasang mengikut bentuk unik seperti wau, menara Kuala Lumpur, KLCC, kapal terbang, beca, basikal dan ikan lumba-lumba memang meriah.

Baca juga Bergaya sakan dengan variasi pilihan baju raya sempena ZALORAYA 2022. Memang rambang mata dibuatnya

Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang terpandang rumah itu akan terpukau. Siap boleh bergambar kenangan di sana.

lampu raya

Melihat lampu yang banyak dan dipasang sekeliling rumah membuatkan netizen bertanyakan soal bil elektrik yang ditanggung.

Wanita yang membahasakan dirinya sebagai Ibu Safa itu memberitahu, kesemua punca elektrik menggunakan tenaga solar sahaja dan secara automatik hidup sendiri pada waktu malam.

lampu raya

Tidak kurang juga ada yang mahu membeli lampu yang sama.

Ramai juga yang berkongsi pandangan sama yang mana sudah menjadi amalan orang Felda untuk mencantikkan rumah mereka menjelang Aidilfitri.

lampu raya

lampu raya

Iklan

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut teruja melihat lampu kelip-kelip yang dipasang penuh meriah.

Masuk kena bayar tak?

lampu raya

lampu raya

Dalam diam pun boleh buat orang gembira.

lampu raya

Dua tahun tak sambut raya, mesti meriah dengan lampu kelip-kelip.

Iklan

lampu raya

Wow! Memang syok habis kalau dapat beraya dengan suasana meriah seperti itu, ditambah pula kanak-kanak bermain bunga api dan mercun.

Seronok memang seronok, namun kalian jangan lupa ya mematuhi prosedur operasi yang ditetapkan bagi mengelakkan kes jangkitan meningkat.

Baca juga Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

lampu raya

Meskipun negara sedang menuju ke era endemik Covid-19, namun kita semua masih belum menang sepenuhnya lagi. #kitajagakita

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI