LUAHAN hati seorang remaja yang kehilangan ibu tercinta dengan penuh tragis mengundang sebak dalam kalangan warganet yang turut bersimpati dengan musibah yang berlaku.

Satu hantaran yang dikongsi dalam akaun Facebook milik Hana itu tular dalam media sosial selepas kecoh mengenai pemergian seorang pensyarah yang maut di tangan suami sendiri.

hana ibu mati dijerut

Apa yang menyentuh hati warganet, kata-kata yang dizahirkan itu menggambarkan betapa sebaknya sanubari Hana yang amat merindukan ibunya.

Innalillahiwainnailaihirojiun. 30 Julai 2020, 9 Dzulhijjah 1441 Hijr, Hari Arafah. Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di sekeliling mama. Hana sentiasa sayangkan mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah.

Rata-rata warganet yang mengikuti berita tragis yang disiarkan dalam Sinar Harian juga turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat adik ini.

hana ibu mati dijerut

Iklan

Ada juga yang mengharapkan adik Hana diberikan kekuatan untuk berdepan dugaan berat dan tidak boleh membayangkan perasaannya apabila tahu si pelaku adalah bapanya sendiri.

hana ibu mati dijerut

Iklan

Moga adik Hana dapat tenangkan fikiran dan doakan yang baik-baik sahaja untuknya. #janganputusasamalaysia