BUAT pencinta pokok, masalah serangan virus dan makhluk perosak boleh bikin hati panas.

Apatah lagi, bila anak pokok yang dijaga penuh kasih sayang membesar dengan sihat, tiba-tiba mati sekelip mata disebabkan hal yang tidak diingini.

Antaranya, isu bena perang yang boleh menyerang tanaman sayur-sayuran seperti cili, tomato dan banyak lagi.

Tak kurang juga gangguan semut atau siput atau serangga perosak lain yang boleh mengganggu gugat tumbesaran anak pokok.

Perkongsian Khazmah Kamarom di saluran YouTube sangat berkesan.

Beliau hanya menggunakan racun yang diperbuat daripada bahan-bahan organik.

serangan virus pokok

Input pertanian DIY tersebut mudah disediakan dan hanya menggunakan bahan terpakai jer.

Kongsi bekas guru itu, pada mulanya beliau tidak percaya dengan kemampuan sisa tanaman tersebut boleh menjadi racun organik.

Baca juga Cara jimat halau serangga perosak, tak perlu racun, hanya guna 6 pokok ini

Pun demikian, selepas dicuba, masalah bena perang dan serangan semut berjaya settle!

serangan virus pokok

serangan virus pokok

“Saya sedang cuba untuk atasi mites dan thrips yang menyerang pokok ros, setakat ni memberangsangkan tapi akan diuji lagi.

“Jom cuba bahan murah dari dapur jer. Pokok selamat, kita pun selamat dan alam sekitar juga selamat,” tulis pemilik YouTube Mak Intan’s Garden.

Berikut kaedah yang dikongsikan:

i) Tumbuk kunyit hidup dengan kulit telur.

serangan virus pokokii) Kemudian tumbuk sekali dengan daun betik.

Iklan

serangan virus pokokiii) Masukkan bahan yang sudah lumat ditumbuk ke dalam bekas.
iv) Isi bekas dengan segayung air.

serangan virus pokokv) Rendam bahan selama sejam hingga 2 jam.
vi) Kemudian tapis bahan menggunakan penapis.

Baca juga DIY baja campuran tiga jenis bahan, pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari

serangan virus pokokvii) Air pati tersebut boleh disemburkan pada pokok bermasalah.

Mudah jer guna tiga bahan penting iaitu kunyit hidup, kulit telur dan daun betik.

Kalau tiada daun betik pun tak mengapa, boleh guna daun durian belanda.

Iklan

serangan virus pokok

Khazmah juga menambah, racun DIY boleh ditambah dengan sedikit sabun pencuci pinggan.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalian yang mempunyai masalah sama, apa kata cuba di rumah nanti.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi