Hari-hari beri makan kucing dan anjing liar, tindakan bekas guru muzik ini buat ramai tabik hormat

kucing anjing liar
February 5, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

LAZIMNYA, kita sering lihat kucing jalanan yang terbiar mendapat perhatian individu prihatin yang sanggup berhabis duit demi membeli makanan untuk haiwan kesayangan Rasullullah SAW itu setiap hari.

Lebih membanggakan, ada juga komuniti prihatin termasuk golongan mahasiswa mengambil inisiatif menubuhkan persatuan membela nasib kucing jalanan dan mengumpul dana unruk membeli makanan dan rawatan.

Pun begitu, jarang-jarang sekali kita dengar masyarakat Melayu khususnya tampil memberikan perhatian kepada anjing tanpa tuan yang berkeliaran termasuk memberikan makanan setiap hari.

kucing anjing liar

Barangkali kisah pemuda yang juga pemilik akaun Facebook, Bambob MotoRodatiga yang dikenali dengan nama Khairul itu mampu mengubah stigma tersebut.

Seperti yang diceritakan oleh Khairul sendiri, bagaikan satu rutin harian, pada setiap petang beliau akan meronda kawasan dengan kenderaan roda tiga dan menghabiskan masa memberi makanan kepada kucing dan anjing liar di sekitar Kota Bharu, Kelantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

kucing anjing liar

Khairul turut memberitahu, beliau telah dibuang kerja dan yang paling menyedihkan, beliau juga kehilangan kawan-kawan.

“Dulu semasa saya bekerja sebagai guru, saya ada ramai kawan gelak ketawa dan sangat sedikit kawan menangis. Pada suatu masa saya dibuang kerja saya hilang ramai kawan. Ya, saya hilang ramai kawan gelak ketawa, mereka semua hilang dari pandangan mata dan pendengaran.

“Tinggallah saya bersama beberapa kerat kawan yang sudi menangis bersama dan anjing-anjing jalanan tempat bersembang meluahkan perasaan. Hidup ini sangatlah singkat.

“Mustahil kita dapat mencapai semua perkara yang kita inginkan di dalam dunia ini melainkan kita sudah kenal siapa diri kita yang sebenar, ” luahkan menerusi status Facebooknya.

Iklan

kucing anjing liar

Selepas hilang pendapatan, bekas guru muzik itu berkata, punca rezekinya kini adalah mencari barangan terpakai sebagai sumber pendapatan.

Di samping itu, beliau sering menghabiskan masa pada setiap petang untuk berbakti dengan kucing dan anjing terbiar dengan menyediakan bekas makanan.

kucing anjing liar

Dalam sehari, haiwan-haiwan itu diberi makan dua kali sehari.

Iklan

Memandangkan bukan sedikit perbelanjaan yang diperlukan untuk terus konsisten memberi makanan kucing dan anjing, Khairul turut menjual baju-T.

Jualan baju-T yang mempunyai tulisan Kelab Pencinta Anjing bermula saiz S hingga XXXL itu dijual pada harga RM35 hingga RM40.

kucing anjing liarSituasi Khairul itu menarik perhatian netizen. Rata-ratanya memuji tindakannya yang prihatin kepada haiwan terbiar seperti anjing.

Kata mereka, anjing bukan sahaja ditakuti, malah mahu membersihkan diri daripada najis berat pun satu masalah yang sukar juga.

Namun demikian, usaha murni Khairul terus mendapat perhatian dan ramai yang menyokong inisiatif tersebut demi membela kebajian haiwan terbiar.

kucing anjing liar

kucing anjing liar

Tidak kurang juga yang sudi membantu menghulurkan sumbangan demi meringan beban.

Usaha murni seumpama itu wajar dipuji dan berbuat baik kepada haiwan juga dituntut dalam Islam.

Lebih-lebih lagi sepanjang PKP, ramai kedai makan tutup dan keadaan itu membuatkan kucing mahupun anjing sering kelaparan.

About Arziana Mohmad Azaman