MEMPUNYAI anak yang ramai, bunyinya memang menyeronokkan. Mungkin juga menjadi idaman ramai pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.

Apatah lagi jika dikurniakan anak lelaki dan perempuan yang sama ramai.

“Abang nak lima orang anak lelaki dan lima orang anak perempuan, boleh kan Ayang,” ujar si suami.

“Boleh. Mesti seronok kan bang,” balas si isteri.

Seronok tu memanglah seronok, namun Bibir Merah tertarik dengan pendapat Pegawai Perubatan, Bahagian Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Klinik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Fatin Liyana Asri, yang mengatakan sangat perlu untuk pasangan di negara ini supaya merancang keluarga.

Beliau selalu berpesan pada para pesakitnya supaya hamil hanya apabila sudah bersedia sahaja.
Maknanya bersedia dari segenap segi iaitu mental, fizikal dan sosial.

Bagi Bibir Merah, untuk mempunyai jumlah bilangan anak yang ramai, pasangan suami isteri itu perlulah mempunyai sumber kewangan yang stabil dan simpanan yang banyak.

Rezeki suami

Hal ini kerana untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak pada hari ini bukannya murah seperti dahulu.

Nak bersalin pun perlu sediakan sejumlah wang yang besar, nak daftar tadika swasta pun sudah ada kosnya yang hampir mencecah ribuan ringgit.

Iklan

Itu belum lagi perkara-perkara asas yang lain seperti susu, lampin dan sebagainya. Semua itu memerlukan duit.

Baca juga Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

Iklan

Jadi buat pengantin baru, sebelum memasang impian untuk mempunyai anak yang ramai, semak dahulu perbelanjaan untuk masa depan.

Buatlah kira-kira mudah supaya dapat merancang keluarga. Ya benar, anak itu rezeki namun kebajikan dan kebahagiaan anak juga perlu dijaga.

Apa guna beranak ramai jika si abang atau kakak terpaksa ikat perut demi adik-adik. Fikir-fikirkanlah.