PENINGKATAN jumlah kes baharu Covid-19 mencecah tiga angka ternyata menimbulkan kebimbangan dan panic attack dalam kalangan orang ramai khususnya yang memiliki anak kecil.

Lebih-lebih lagi empat daerah termasuk Klang, Selangor baru saja diarahkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat disebabkan peningkatan kes baharu yang mendadak sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja rakyat marhaen ambil tahu hal ini, ikon jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pun terpanggil untuk berkongsi pandangan dan nasihat kepada orang ramai.

LCW

Perkongsian yang dimuat naik melalui Facebook miliknya, Lee Chong Wei Official menarik perhatian ramai apabila menerima lebih 230 komen dan 200 share (setakat artikel ini ditulis).

Antara kata-katanya:

Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat mesti pakai mask bila kluar. Ikot SOP. Scan MySejahtera. Jangan sampai kena sebat!

Friends, cases are rising. Don’t be complacent. Wear your mask! Follow the SOP. Check in MySejahtera! Be afraid of the Cane!

各位,非常时期我们要遵守SOP,戴口罩勤洗手,携手度过这一波疫情💪

Barangkali maksud 'sebat' yang dimaksudkan bapa kepada dua cahaya mata itu merujuk kepada penegasan ayat yang dibuat oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini terhadap mereka yang masih berdegil tidak ikut SOP yang ditetapkan.

Artikal berkaitan: PKPB di Klang dan 3 lagi daerah sasaran, hanya 2 orang dibenarkan keluar rumah!

Rata-rata warganet yang mengikuti post tersebut bukan sahaja bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Chong Wei, bahkan pelitup muka yang dipakainya turut menjadi perhatian.

Iklan

LCW

Baik Datuk! btw comel mask siap engraving LCW lg..ader jual x..kalo jual nk beli.” - Nur Syazana Lee

Yes, Dato. Where can I buy your mask anyway?.” - Keanu Tan

Baik Dato saya dengar nasihat Dato. Cantik mask Dato.” - Khamarudin Bin Ismail

Tajam betul mata warganet ni ya? Sebenarnya, memang unik mask yang dipakai siap dengan signatur LCW. Warna pink lagi! 😉

Selain itu, ada juga warganet memuji dengan penulisan Datuk Lee Chong Wei yang dwibahasa sekali gus memudahkan orang untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.

Iklan

LCW

Sangat suka tulisan u dato,penulisan bermula dengan bahasa melayu, seterusnya english dan bahasa cina.” - M Shah Ramli

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, jika masih degil dan melanggar SOP, nanti kena smash!

LCW

Terbaik dato.. Klau ada yg langgar SOP kita smash.” - Nijam Sampulna

Sebat dgn raket karen dato.. Baru ade rasa.” - Razwan Rahman

Dato', kalau Dato' nampak je org x ikut SOP, Dato' sebat je dgn raket Dato'...” - RuSyam AbgLong Onexox

LCW

LCW

Komen-komen netizen kadang-kadang ada yang menyakitkan hati, tetapi bab Covid-19 nampaknya rata-rata bersatu hati dan menyokong tindakan kerajaan untuk bertindak lebih tegas kepada mereka yang masih gagal SOP yang ditetapkan.

Untuk semua, SinarPlus juga mendoakan yang baik-baik, stay safe dan jaga diri. #janganputusasamalaysia