MUSIBAH banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri ketika ini cukup memberi kesan kepada semua.

Di Selangor misalnya, jumlah mangsa banjir dikatakan semakin meningkat di beberapa kawasan berisiko.

Menurut statistik yang dikongsikan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat artikel ini ditulis, mangsa banjir dilaporkan meningkat daripada 24,533 orang kepada 24,647 orang.

kes intai rakam wanita mandi di pps

kes intai rakam wanita mandi di pps

Jumlah tersebut melibatkan 6,935 keluarga yang ditempatkan di 134 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor.

Pun begitu, timbul pula berita kurang enak yang berlaku di PPS USJ 23, Subang Jaya baru-baru ini.

Seperti yang tular di laman sosial, berlaku insiden mengintai dan merakam wanita mandi menggunakan telefon pintar.

Perkongsian video pendek yang viral di Facebook itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang tidak menyangka masih terdapat orang sanggup berbuat demikian.

Video pendek berdurasi 36 saat itu dikongsikan Saudagar Kayangan di akaun Facebook itu menerima 33,000 jumlah tontonan.

Saudagar Kayangan turut berasa kesal dengan insiden tersebut sedangkan pada ketika itu dan sehingga pada saat ini, musibah masih belum reda lagi.

“Dalam ujian/bala yang tengah ALLAH turunkan ni pun, tak sedar-sedar lagi. Bala macam mana lagi baru nak sedar! Benda berlaku dekat PPS USJ23 ni, mengintai wanita mandi dan rakam dengan telefon.

Baca juga [FOTO] Suasana banjir menghibakan makan bercatu tahan sejuk kanak-kanak antara terkesan bencana banjir

“Tolong alertkan kawan-kawan, jiran-jiran, saudara yang duduk dekat mana-mana PPS. Untuk yang perempuan terutamanya supaya berhati-hati. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika nak tukar baju atau mandi. Jenis gila seks ni tak kira masa dia nak buat kerja,” tulisnya.

Aduhai! Waktu sebegini pun masih terdapat individu yang masih berkelakuan tidak senonoh.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut berkongsi rasa kurang senang sehingga sanggup tidak mahu berpindah ke PPS.

kes intai rakam wanita mandi di pps

Dalam keadaan seperti ini pun, nafsu masih meliar!

kes intai rakam wanita mandi di pps

Iklan

Apa nak jadi ni?

kes intai rakam wanita mandi di pps

Memang ambil kesempatan dalam kesempatan.

kes intai rakam wanita mandi di pps

Sempat lagi buat job 😠😠

kes intai rakam wanita mandi di pps

Moga tuhan bagi balasan setimpal.

Iklan

kes intai rakam wanita mandi di pps

Tidak kurang juga ramai yang geram dan mahu diselam dalam selut.

Moga si pelaku dapat dikesan dengan segera.

Sepatutnya PPS menjadi tempat selamat buat mangsa banjir sementara menunggu kebenaran untuk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga insiden seperti itu tidak berlaku lagi. Bukan apa, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kasihan kepada pasukan sukarelawan dan agensi kerajaan yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir, jangan pula mereka dibalas dengan kejadian yang boleh mencemarkan imej mereka. #kitajagakita #kitalaluibersama