KES culik membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini memang menggerunkan hati orang ramai.

Apatah lagi, kes mencemaskan tersebut dikatakan berulang dalam minggu yang sama di sekolah yang sama!

Kisah dua murid Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) yang dikatakan nyaris dibawa lari individu tidak dikenali memang menarik perhatian ramai.

Dalam kejadian baru-baru ini, mangsa pertama berusia 10 tahun dikatakan dipanggil dua lelaki tidak dikenali ketika keluar dari pekarangan sekolah.

Kedua-dua suspek berkenaan dikatakan menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan.

Nasib baiklah budak perempuan tersebut tidak menghiraukan pangggilan berkenaan dan terus pulang ke rumah.

culik
SUMBER foto: PEXELS

Situasi terbabit tidak terhenti setakat itu sahaja apabila kes sama berulang pada keesokan harinya.

Seorang lagi murid Kafa berusia tujuh tahun dikatakan telah ditegur dua orang lelaki ketika keluar dari sekolah sama.

Baca juga Anak cuba diculik, Lufya cedera wajah, badan dipukul, titip pesan buat wanita

Kali ini, suspek dikatakan menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka ialah individu yang sama dalam kejadian terbabit.

Pun demikian, modus operandi mereka serupa.

culik

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menasihatkan orang ramai supaya mengambil anak sebaik waktu pembelajaran berakhir.

“Pihak polis akan melakukan rondaan dan murid sekolah dinasihatkan supaya tidak bermain di luar kawasan sekolah.

Baca juga Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

“Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang spekulasi dan melaporkan kepada pihak polis jika ada sebarang maklumat,” katanya.

Buat emak dan ayah di luar sana, ambil perhatian perkara tersebut dan pastikan anak masing-masing dalam keadaan selamat.

Culik

Begitu juga kes cubaan menculik yang berlaku di Genting Highlands baru-baru ini apabila percutian sebuah keluarga berakhir dengan tragedi.

Nasib baiklah bapa kepada mangsa sedar dengan tingkah laku aneh suspek wanita yang merupakan warga asing tersebut dan mengambil tindakan pantas.

TIP PENTING

Berikut antara tip dikongsikan Maria Firdz melalui blognya yang mungkin boleh dipraktikkan emak dan ayah bagi mengelakkan anak menjadi mangsa penculikan:

1. Pastikan anak memakaikan baju terang dan mudah dikenal pasti jika berada di tempat ramai orang.

2. Ajar anak mengingat nama penuh ibu dan ayah, alamat rumah, nombor telefon rumah atau nombor kecemasan jika berlaku kejadian tidak diingini.

culik
SUMBER foto: PEXELS

3. Kalau boleh, terapkan ilmu asas mempertahankan diri kepada anak-anak dan boleh letak wisel pada beg jika berlaku kecemasan.

4. Pakaikan tag khas yang lengkap dengan maklumat peribadi pada beg atau baju sekolah anak.

5. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya maklum kepada guru kelas jika mahu ke tandas atau pulang ke rumah.

culik
SUMBER foto: PEXELS

Moga petua yang dikongsikan boleh memberi manfaat kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan