PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi perubahan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di premis makanan juga membuatkan ramai yang mengambil pendekatan untuk tapau atau penghantaran terus ke rumah.

Kalau mahu menikmati makanan di premis, hanya dua orang hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini.

Pun begitu, kisah pasangan suami isteri ini yang teringin untuk menikmati nasi kandar, namun memikirkan dua anaknya yang masih kecil membuatkan mereka sanggup buat perkara yang rare ini.

Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah yang barangkali menjadi kegemaran pasangan suami isteri ini membuatkan mereka sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.

nasi kandar hakim

Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.

Siapa yang kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesuran’ juadah tersebut.

Antara kata-kata Mohd Firdaus Jaafar Ng:

“Duk ketagih NAK, tapi…

Nak ke Penang tak boleh kerana PKPB

Nak makan kat restoran tak boleh ada baby

Nak bungkus, xsurrr…

Nah, abam bawa masuk pinggan, pinjam makan dalam kereta je.

Rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.

Iklan

nasi kandar hakim

nasi kandar hakim

nasi kandar hakim

SinarPlus cuba mendapatkan komen daripada pemilik Restoran Hakim itu sendiri, Datuk Hakimsa Abdul Karim berhubung ‘ketaksuban’ peminat juadah yang ditawarkan di restoran popular tersebut lebih-lebih kekangan jumlah pelanggan yang boleh datang makan di premis.

“Saya maklum kisah pasangan suami isteri tersebut kerana ketika itu, saya ada tingkat atas restoran. Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya mengehadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.

Iklan
Datuk Hakimsa Abdul Karim
DATUK Hakimsa Abdul Karim.

“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Katanya, ramai ibu bapa yang bawa anak selalunya berbuat demikian (makan dalam kereta) untuk melepaskan rasa mengidam dan pada masa sama, dapat menjamin keselamatan anak mereka.

Wah! Memang terbaiklah bos Restoran Hakim ini. Realisasikan impian para pelanggan setia yang mahu menikmati makanan kegemaran kita. Moga lebih ramai lagi pengusaha yang baik hati seperti Hakimsa!