SEBUT sahaja perihal ular, pasti ramai yang meremang bulu tengkuk membayangkan haiwan reptilia itu melingkar menyusuri semak atau lebih menakutkan kalau membelit mangsa.

Pelbagai jenis ular sawa terdapat di Malaysia seperti ular sawa batik yang boleh membesar sehingga mencecah lebih enam meter. Boleh bayangkan anaconda? Itu skalanya.

Bercerita mengenai kisah ular sawa yang mampu menelan mangsa seperti manusia bersaiz dewasa, masih ingat lagi tragedi yang berlaku pada tahun 1995?

Okey! Bagi mereka yang tidak tahu atau lupa-lupa ingat, Jabatan PERHILITAN ada berkongsi satu fakta menarik yang pernah menjadi lipatan sejarah negara.

ular sawa

Perkongsian mengenai tragedi yang menggemparkan orang ramai berlaku pada tahun 1995 itu yang mana seorang lelaki dewasa ditelan seekor ular sawa di Segamat, Johor.

Memetik perkongsian itu:

Tragedi ini melibatkan seekor ular sawa sepanjang 6.3 meter dengan berat 140 kilogram yang telah menelan kepala dan sebahagian badan mangsanya.

Tragedi ini telah menakutkan penduduk sekeliling yang risau akan keselamatan mereka sekiranya bertembung dengan pasangan ular sawa yang mati tersebut di kawasan paya, semak dan kebun getah berhampiran tempat kejadian.”

Jika lihat pada gambar yang masih tular dalam internet dan media sosial, ular tersebut mampu membelit mangsa yang lebih besar daripadanya.

Spesies reptilia yang merupakan pemangsa itu lazimnya tidak membahayakan manusia, namun, hati-hati kerana haiwan ini boleh membunuh manusia dewasa dengan mengigit dan membelit.

Artikal berkaitan: [VIDEO] hati-hati ketika berkhemah! Ular sepanjang 1.2 meter masuk ke dalam mulut seorang gadis

Kematian mangsa biasanya disebabkan oleh kegagalan bernafas atau kegagalan jantung dan bukannya akibat remuk. Agak menakutkan!

Kejadian seumpama itu meninggalkan trauma kepada penduduk setempat sehingga mereka takut nak lalu kawasan seperti kawasan paya, semak dan kebun getah kerana difahamkan itulah habitat haiwan reptilia berkenaan.

Iklan

PERHILITAN

Jadi apa terjadi kepada ular sawa tersebut? Jabatan Perhilitan memaklumkan tengkorak dan kulit reptilia tersebut masih disimpan di Institut Biodiversiti (IBD) Jabatan PERHILITAN yang terletak di Lanchang, Pahang.

Perkongsian menarik itu juga mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang sudi berkongsi tip jika berada di dalam hutan.

ular sawa

Tidak kurang juga yang teringat kisah tersebut ketika masih kecil lagi.

Iklan

ular sawa

Hati-hati buat semua ya terutama yang suka hiking. Pastikan pandang kiri dan kanan termasuk keadaan sekeliling ya!