DALAM dunia ada macam-macam manusia. Tidak semua hidup senang dan tidak semestinya bila berduit, mereka bahagia.

Begitu juga dengan mereka yang ditakdirkan hidup sederhana dan terdesak, namun dengan penuh kesungguhan mencari rezeki.

Di sebuah pasar raya di Batu Caves, Selangor baru-baru ada satu kisah yang menyayat hati yang berlaku di sana.

makcik maznah

Ia berkenaan dengan kisah seorang makcik yang dilihat meminta derma dengan orang ramai di lokasi itu.

Tingkah laku wanita itu yang dimarahi pekerja pasaraya terbabit menarik perhatian seorang warganet yang bersimpati dengan keadaan wanita itu seolah-olah kepenatan dan sesak nafas.

Perkongsian Awanis Rasdii di akaun Twitter miliknya menarik perhatian warganet apabila gadis itu membongkarkan kisah sebenar makcik tersebut.

“Tadi pergi ke sebuah premis di XXX, Batu Caves nak beli barang dapur. Lepas tu masa nak masukkan barang dalam kereta tiba-tiba makcik ni macam sesak nafas tapi bang** yang  susun troli ni marah-marah makcik ni. Bila aku pergi dekat makcik ni tanyalah makcik sakit ke?”

Awanis memberitahu, makcik tersebut kepenatan kerana terlalu banyak berjalan sehingga sesak nafas.

makcik maznah

Alkisahnya makcik yang dikenali dengan nama Maznah itu terpaksa mencari nafkah kerana suaminya dibuang kerja sejak Julai lalu.

“Makcik ni cakap dia minta sedekah sebab pakcik kena buang kerja masa bulan Julai. Dulu pakcik kerja masak, katanya. Lepas kena buang kerja, pakcik dapat kerja baru…kerja angkat angkat barang tapi kerja tu tak lama, kejap saja sebab dia sakit tangan (sendi).

makcik maznah

“Sebab sakit tu, pakcik dah tak boleh kerja. Makcik tu cakap, dulu waktu pakcik kerja kuranglah sikit beban. Sekarang pakcik dah tak boleh kerja. Makcik ada anak perempuan seorang (tingkatan 3) tapi dah berhenti sekolah sebab tak boleh nak bayar yuran sekolah,” kongsinya.

Dek kesempitan hidup, wanita itu terpaksa menagih simpati orang ramai dengan meminta sedekah untuk menanggung kos bayaran sewa bilik yang berjumlah RM350 sebulan.

Artikal berkaitan: Pesakit jantung cilik, Mia Syamila masih perlukan dana sumbangan

Kata Awanis lagi, sewa bulanan bilik tersebut sudah tertunggak beberapa bulan, namun pemilik tersebut memahami keadaan keluarga yang kesempitan dengan bayaran ansuran.

“Kata makcik tu lagi, dia bersyukur sebab kadang-kadang ada orang bagi makan dan minum bila duduk di pasar raya itu walaupun kadang-kadang kena marah dengan pekerja sebab tak boleh meminta sedekah di situ.

” Betul atau tidak wallahuâallam, itu urusan antara beliau dengan ALLAH tapi kalau ada sesiapa yang berniat nak bantu makcik ni, saya ada minta nombor akaun and telefon tadi,  ceritanya lagi.

makcik maznah

Kuasa viral memang tidak disangka. Sebaik sahaja tweet tersebut diulang kicau oleg pengguna Twitter lain, alhamdulillah nasib makcik ini dapat dibantu sebaiknya.

Menurut Awanis, gadis itu menyampaikan ucapan terima kasih makcik tersebut kepada semua yang menolong untuk membantu menampung perbelanjaan harian dan sewa bilik.

makcik maznah

“Terima kasih sesangat semua yang sudi tolong makcik Maznah sekeluarga, tak kira bangsa dan agama. Hanya tuhan je mampu balas jasa korang semua. Brothers and sisters, i salute you all!,” katanya.

makcik maznah