BAGAIKAN sudah sinonim, lumrah apabila balik kampung saja mesti hadap jem. Bukan kaleng-kaleng punya jem sampai kematu punggung.

Bagi anak perantauan, hanya cuti raya puasa dan haji sahaja mereka dapat pulang ke kampung untuk cuti panjang walaupun terpaksa berdepan jem yang teruk.

Ini kerana feel pulang ke kampung ketika cuti raya lain macam sikit dengan iringan lagu raya pasti membuatkan hati kegirangan dan tidak sabar menatap wajah kesayangan.

Banyak perkongsian dalam media sosial yang meluahkan perasaan gembira apabila dapat pulang ke kampung untuk beraya kali ini selepas pelaksanaan perintak kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Barangkali ada yang lepas geram sebab tidak dapat pulang ke kampung ketika Aidilfitri lalu dek sekatan rentas negeri.

Apa yang melucukan, tidak kurang juga ada yang meluahkan ‘kepenatan’ apabila terpaksa hadap jem lebih-lebih lagi anak perantau Pantai Timur.

jemm balik kg

Bagi anak jati Rantau Panjang, Kelantan, Wan Mohd Asyraf Junoh, 30, tidak menyangka perjalanan pulang dari Kota Kemuning untuk ke kampung halaman memakan masa lebih 16 jam.

“Ingatkan bila gerak jam 5 pagi, bolehlah sampai kampung dalam jam 1petang tapi tak sangka boleh cecah berbelas jam atas jalan.

“Dari Gerik pun stuck, lepas tu melepasi Banjaran Titiwangsa pun kena hadap jem yang panjang sampai tayar bau hangit,” luahnya yang bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Masakan tidak, laluan Lebuhraya Timur Barat yang menghubung Gerik ke Jeli itu terkenal dengan cerita menyeramkan lebih-lebih melaluinya pada waktu malam.

Iklan

jemm balik kg

“Nak buat macam mana bila lalu kawasan tu dah malam…kuatkan hati sajalah. Nasib baik banyak kereta. Bukan setakat banyak, kereta tak bergerak sebab ada lori bawa balak.

“Kalau bernasib baik, boleh nampak gajah lintas jalan tapi setakat ini masih belum berpeluang la nak tengok depan mata,” kongsinya kepada SinarPlus.

Iklan

Seronok memang seronok bila dapat balik kampung tapi satu je tak boleh nak handle, jem yang tak boleh bawa bincang.

Tapi nak buat macam mana, semua itu berbaloi bila dapat menatap wajah ibu ayah tercinta yang menunggu setia kepulangan anak mereka, kan?

Apapun, SinarPlus tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua khususnya pembaca SinarPlus. Luv muah ❤️