LAGI lima hari umat Islam bakal menyambut Syawal. Pasti ramai yang sibuk menyiapkan persiapan raya terutamanya kelengkapan anak-anak.

Namun dek kekangan wabak Covid-19, ramai ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak membawa anak mereka shopping bersama.

Lebih-lebih lagi kerajaan boleh meminda undang-undang dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi menghalang ibu bapa membawa anak kecil ke tempat tumpuan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menegaskan supaya ibu bapa mengambil pendekatan kendiri untuk keselamatan bersama.

“Saya melihat masih ada ibu bapa membawa anak ke pusat beli-belah dan sebagainya. Walaupun tiada peraturan ditetapkan, kerajaan berharap ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab itu secara kendiri.

“Saya berharap keselamatan anak perlu dijaga. Walaupun ada kebebasan dan tiada akta mengenai hal itu, ia akan membahayakan nyawa anak serta diri sendiri,” tegasnya dalam media baru-baru ini.

Jadi, nak tak nak ibu bapa kena kreatif untuk membeli kelengkapan anak mereka tanpa perlu membawa si kecil ke tempat tumpuan awam seperti shopping mall dan sebagainya.

Sebagai contoh, kreativiti pasangan suami isteri ini mencuit hati warganet apabila siap bawa ukuran kaki anak mereka untuk membeli kasut raya.

kasut raya

Perkongsian pemilik akaun Facebook, Ieqa Atiqah yang sempat membeli keperluan keluarga sempena Aidilfitri bikin ramai geli hati.

“Ramadhan ke-25. Kebiasaannya, setiap tahun mesti bawak anak-anak merasa beli persiapan raya tapi tahun ni bawa ukuran jela…ala kadar je.

“Bakal merasakan first time raya tak balik kampung, akan menjadi kenangan untuk tahun-tahun mendatang #rayaPKP,” tulisnya.

Kongsinya lagi, memang tidak dinafikan cara unik pasangan suami isteri shopping keperluan anak-anak menimbulkan rasa lucu dalam kalangan kakitangan kedai.

“Bab kasut pula, yang ni memang agak risau nak beli sendiri, biasanya kena bawak anak-anak bagi dia orang pilih dan try mana yang suka dan selesa.

Iklan

baju raya

“So, sebab tahun ni tak boleh bawa anak-anak, jadinya buat ukuran kaki sebagai pengganti. Bawa pergi kat kedai, even ada yang tergelak tapi mak-mak ni dah tak kisah hehehe…even ada ukuran pun, tiga mall pergi, baru jumpa size yang sesuai. Mencabar betul,” tuturnya kepada SinarPlus.

Lebih lucu, ukuran tapak kaki siap nama nama itu dibawa ke kedai kasut untuk memudahkan juru jual mencari kasut yang sesuai untuk kelihatan vass di pagi Syawal.

Ramai yang memberi komen lucu dan tidak menyangka kreativiti pasangan itu mengimbau kenangan zaman dulu-dulu.

Iklan

“Ni rare…orang dulu-dulu ukur guna tali rapia, engkau (ko) kasi tapak kaki terus hehehe ni makan dia,” tulis rakan Facebooknya.

pola baju

Bukan itu sahaja, saiz baju dengan pola lengkap itu cukup dikagumi seolah-olah jurujahit pro yang mencari pakaian untuk pelanggannya. Hebat, bukan?

Pastinya, bukan pasangan itu sahaja yang berbuat demikian demi keselamatan anak-anak. Ramai ibu bapa tidak mustahil ambil pendekatan sama, cuma cara sahaja berbeza.