GELAGAT burung kakak tua yang petah berkata-kata membuatkan ramai terhibur.

Apatah lagi, gaya comel dan bijak menjadikan spesies burung popular itu sering mengambil tugas sebagai ‘penyambut’ tetamu yang berkunjung ke zoo atau taman haiwan.

Tidak kurang juga, terdapat pencinta haiwan yang gemar memilih burung kakak tua sebagai haiwan peliharaan selain kucing dan anjing.

burung kakak tua

Seperti pengguna Tiktok, @jasminemarzuki yang sering berkongsikan kisah si Brulee yang petah berkata-kata termasuk memanggil ayahnya dengan panggilan Abah.

Apa yang lebih melucukan, haiwan tersebut pandai merajuk jika tidak dibawa berjalan bersama, malah spesies Congo African Grey itu pandai mengajuk.

Baru-baru ini, gadis tersebut turut berkongsi tip bagaimana mahu mengajar burung tersebut untuk pandai bercakap.

Kongsinya, kerap bercakap dengan Brulee membuatkan burung kakak tua itu pandai berkata-kata.

@jasminemazuki Answer to @amirul_x ♬ original sound – Kakak Brulee

Bijak betullah Brulee ini. Padanlah sudah dijaga sejak kecil lagi seperti anak kecil, si burung itu pun pandai ketawa seperti manusia dan berbunyi seperti kucing.

Aduhai, terhibur rasanya. Jika difikirkan memang seronok kalau dapat berbual dengan Brulee.

Satu lagi kisah si burung kakak tua yang berjaya menarik perhatian warganet seluruh dunia.

Baca juga Burung hantu tersenyum ketika ‘minum’ air, serius comel

Lapor abcnews.com, aksi photobombs seekor burung kakak tua yang berjaya dirakam oleh kamera lalu lintas di Brazil baru-baru ini menghiburkan hati petugas trafik.

Mana tidaknya, bagaikan sedang bermain cak cak dengan kamera tersebut, gaya comel haiwan berbulu hijau dan kuning itu agak melucukan.

Ditambah muzik latar belakang, video pendek berdurasi 35 saat itu menerima tontonan lebih 63,000 dan lebih 100 komen.

Rata-rata netizen berkongsi emoji lucu dan turut terhibur dengan gaya si burung itu yang cukup curiga dengan kamera tersebut.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ramai yang berpandangan, barangkali petugas sedang stress pantau lalu lintas, burung kakak tua itu muncul untuk buat kejutan lucu.

Terdapat komen yang memuji burung itu cute.

burung kakak tua

Di Brazil, burung ini dipanggil Maritaca.

burung kakak tua

Iklan

Gaya burung itu sangat kelakar!

burung kakak tua

Sesuatu yang lucu untuk memulakan hari anda.

burung kakak tua

Rasanya banyak lagi kisah si burung kakak tua yang menghiburkan hati warganet.

Apapun, tak kira burung atau kucing, haiwan tersebut perlu disayangi dan bukannya dikasari ya!