GAJET seperti telefon pintar, komputer riba atau komputer peribadi dilihat amat penting demi kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selain talian internet.

Proses menuntut ilmu norma baharu pada era pandemik Covid-19 ketika ini dilihat lebih praktikal dalam usaha membendung penularan wabak yang masih belum tamat.

Barangkali disebabkan keperluan mendesak itu, kerajaan turut menyumbangkan telefon pintar kepada keluarga memerlukan bagi membolehkan sistem PdPR dapat dijalankan sebaik mungkin.

Namun, lain pula jadinya apabila timbul rungutan selepas beberapa insiden telefon pintar sumbangan kerajaan didakwa meletup sehingga dikatakan membahayakan nyawa pelajar.

insiden telefon bantuan meletup

Perkara itu turut menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila turut mengesa kerajaan menarik semula pemberian telefon tersebut dan digantikan dengan gajet lebih berkualiti.

“Apa dah jadi ni?? Lagi sekali telefon pelajar meletup. Dah banyak insiden telefon yang kerajaan edarkan ni meletup, tapi masih tidak ada apa-apa tindakan berat dibuat?? Paling tidak, tarik semula telefon ni dan ganti yang lebih berkualiti!,” katanya.

Dalam perkongsian di akaun Twitternya itu, wakil rakyat yang dikenali dengan nama YB SS itu turut memuat naik beberapa gambar dan insiden bateri telefon meletup yang perlu diberikan perhatian kerajaan.

insiden telefon bantuan meletup

Telefon yang dikatakan baru dipakai dua bulan itu sudah meletup, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Agak bahaya juga ya jika meletup ketika sedang digunakan.

Rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut meminta wakil rakyat pembangkang itu bersabar dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan insiden tidak berulang.

insiden telefon bantuan meletup

Ada yang berkongsi telefon bantuan sudah rosak.

Tidak kurang juga ada yang bengang dengan respond balas segelintir wakil rakyat yang mengatakan rakyat jangan demand sangat.

insiden telefon bantuan meletup

Takkan tunggu ada cerita nyawa melayang, baru tindakan diambil?

insiden telefon bantuan meletupinsiden telefon bantuan meletup

Ramai ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak mereka jika kejadian tidak diingini berlaku tanpa disedari.

Iklan

insiden telefon bantuan meletup

Ramai yang mencadangkan jenama lain yang lebih berkualiti.

insiden telefon bantuan meletup

Laptop 1Malaysia lagi berkualiti dan tahan lama.

insiden telefon bantuan meletup

Memang tidak boleh caj terlalu lama, bateri cepat panas.

Iklan

insiden telefon bantuan meletupinsiden telefon bantuan meletup

Sudah ramai yang merungut, barangkali perlu ada tindakan drastik daripada kerajaan untuk membendung masalah inikan?

insiden telefon bantuan meletup

Proses PdPR masih berjalan dan kasihan kepada anak-anak yang tidak mempunyai gajet mencukupi untuk belajar dengan sempurna.

Sementara sekolah masih belum buka, ramai ibu bapa banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pun begitu, isu bateri telefon bantuan yang meletup perlu diberikan perhatian sewajarnya ya! #kitalaluibersama #kitajagakita #perkasakansuaraMalaysia