Masih perlukan wang untuk tampung kos pembedahan jantung adik Janevey, ibu mohon bantuan masyarakat Malaysia

adik janevey
October 23, 2020
Arziana Mohmad Azaman

SUMBANGAN orang ramai masih diperlukan untuk menampung kos pembiayaan pembedahan jantung buat adik Janevey Audrey Jaibi yang menderita penyakit jantung berlubang.

Janevey yang berusia 18 bulan menanggung sakit jantung berlubang jenis VSD (Ventricular Septal Defect) itu dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah dan menjalani pembedahan pada 15 September lalu.

SinarPlus difahamkan, jumlah kos pembedahan yang diperlukan sebanyak RM50,000 dan masih berbaki kos RM14,737 untuk menampung perbelanjaan yang belum mencukupi.

adik janevey

Perkongsian ibunya, Ainednna Jend, 26, dalam rakaman video yang dikongsikan MyHeart Volunteers dalam akaun Facebook mengundang simpati orang ramai.

“Sudah menjadi impian saya untuk melihat anak sihat. Kos perubatan ini memang tidak mampu nak bayar sebab suami hanya kerja sebagai penoreh getah.

“Kerja pun kalau dapat RM500, itupun tidak menentu,” katanya.

Terdahulu, Ainednna ada berkongsi mengenai simptom yang dialami anak keduanya itu yang sering sakit, selesema dan berat badannya ‘ringan’ tidak seperti kanak-kanak normal.

adik janevey

“Selalu sakit demam dan selesema. Memang kerap dalam sebulan itu. Beratnya juga susah nak naik dan tidak aktif.

“Bila periksa di Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan rawatan. Namun Janevey kelihatan lemas, pucat dan sukar untuk bernafas,” katanya.

Memetik perkongsian MyHeart Volunteers, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman dalam darah dan terpaksa ditahan di hospital selama seminggu untuk menghabiskan antibiotik.

adik janevey

Kemudian dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dan selepas menjalani imbasan x-ray dan echocardiogram, doktor sahkan ada masalah jantung.

Antara kata-katanya:

Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan pada 15 September tempoh hari, namun baki kos masih belum mencukupi untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Masih jauh daripada sasaran yang diperlukan.

Kami dari MyHeart mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk mencukupkan baki tersebut bagi menampung kos pembedahan dan rawatan susulan Baby Janevey yang masih tertunggak itu.

adik janevey

Keprihatian anda amat bermakna:
CIMB BANK
8603092023
PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA
Rujukan/Reference: JANEVEY

Orang ramai yang ingin membantu, bolehlah salurkan sumbangan ke nombor akaun yang diberikan. Moga adik Janevey terus sihat dan aktif. #janganputusasamalaysia

About Arziana Mohmad Azaman