MISTERI bau busuk penduduk terungkai apabila seorang mayat dipercayai kanak-kanak ditemui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee, Johor Bahru semalam.

Mayat tersebut dilaporkan telah berbau busuk dan mereput.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini tujuh fakta lengkap mengenainya;

1. Keadaan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

2. Mayat yang dijumpai didapati ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Pihak polis masih tunggu laporan lengkap bedah siasat.

3. Setakat ini tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan.

Iklan

Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian

4. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.43 pagi semalam daripada pihak polis bagi bantuan mengangkat mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun yang ditemui 1.5 meter berada dari tebing sungai terbabit.

5. Dipercayai mayat itu sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Malah belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.

Baca juga Pemuda gigih kongsi peranti canggih kesan kucing kuat merayap, komen netizen pula jadi tumpuan

6. Difahamkan mayat dijumpai orang awam yang menyatakan terdapat bau sangat busuk dilokasi terbabit.

Iklan

7. Setakat minggu ini polis tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.

Justeru, mohon ibu bapa lebih berwaspada kepada anak-anak tambah lagi pada musim tidak menentu ini.