PENANGAN wabak Covid-19 yang masih melanda negara membuatkan ramai kecewa khususnya bakal pengantin apabila tidak dapat mengadakan majlis resepsi atau kenduri kahwin dengan suasana penuh meriah.

Jika dibandingkan sebelum ini, majlis resepsi dan sambut menantu boleh dianjurkan tanpa sebarang halangan.

Ketika itu kalau boleh, satu kampung mahu dijemput oleh keluarga pengantin demi meraikan hari bahagia anak kesayangan.

kenduri majlis kahwin

Meskipun kini, banyak kelonggaran diumumkan kerajaan, namun semua harus tetap berwaspada lebih-lebih lagi ketika berada di lokasi yang terlalu ramai orang.

Walau sudah divaksin sekalipun, penjarakkan sosial masih perlu dipraktikkan dan kapasiti 50 peratus tetamu (mengikut ruang) wajib dipatuhi.

Baca juga [VIDEO] Siap berkompang, makan beradab, persis perkahwinan Melayu. Pasangan badak Jiwang Juwita selamat disatukan

Pun begitu, perkongsian seorang pengguna TikTok, @azmhni.ps barangkali menggembirakan sedikit hati warga kota yang teringin mahu makan nasi minyak.

Video pendek yang dikongsikan baru-baru ini membuatkan ramai teruja apabila seorang pengusaha kedai makan tepi jalan menjual menu kenduri kahwin siap dengan khemah dan paluan kompang.

Difahamkan, lokasi ‘kedai makan’ tersebut terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang.

Ramai yang sangkakan majlis kenduri kahwin, tetapi apa yang berlaku sebaliknya pula.

@azmhni.psJanji lepasnih ikut mak pi kenduri 😩 bila tengok ni terus teringin nasi kenduri 😋 ##nasikenduri ##fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – azmhni ps

“Ingatkan kenduri kahwin, dari jauh nampak khemah dan banyak kenderaan siap bunga manggar. Rupa-rupanya kedai makan ala-ala kenduri kahwin.

“Siap lagu kompang dipalu. Rindu betul nak makan nasi kenduri, feeling kenduri gitu tapi pengantin tiada. Janji lepas ni ikut mak pergi kenduri. Bila tengok ni terus teringin nasi kenduri,” tulisnya.

Memang macam tak percaya, namun itulah kebenarannya.

kenduri majlis kahwin

Bijak sungguh pengusaha kedai makan itu yang menyajikan menu seperti ayam masak merah, sayur dalca, acar mentah dan daging masak kurma di samping mewujudkan suasana majlis perkahwinan.

Selain makanan, minuman wajib ada pada majlis kahwin iaitu air sirap, bubur dan buah-buahan pun ada sekali!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut ramai yang berseloroh. Kata mereka: “Sekarang makan nasi kenduri dah kena bayar.”

kenduri majlis kahwin

Bagus juga idea ini. Lepas nikah, ajak kawan-kawan makan sini.

kenduri majlis kahwin

Kepada yang single, anda akan selamat makan di sini.

kenduri majlis kahwin

Iklan

Cara marketing paling baik.

kenduri majlis kahwin

Rindu nasi minyak, kena bayar pun tak apalah.

kenduri majlis kahwin

Nampaknya ramai yang rindu dengan nasi minyak. Jika berhampiran dengan kedai makan itu, jangan lupa singgah.

Ramai yang kata semua menu yang dijual sedap-sedap belaka. Jangan lupa patuhi prosedur operasi standard ya! #kitajagakita #kitalaluibersama