LAZIMNYA, sesi persekolahan baharu yang dijalankan setiap tahun pastinya memberi kenangan buat ibu bapa mahupun pihak sekolah khususnya murid sekolah rendah.

Pelbagai kisah lucu dikongsikan dalam media sosial dengan gelagat anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, bahkan ada yang menangis berlari ke pagar gara-gara mahu pulang.

Pun begitu, suasana sesi persekolahan tahun ini cukup berbeza. Ya! Cukup berbeza dengan suasana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan ketika ini.

Masakan tidak, anak-anak hanya memakai baju biasa untuk berdepan dengan guru-guru kelas baharu di alam maya. Tidak lagi memakai uniform lengkap dan berhimpun di dataran.

PPDR sekolah

Perkongsian warganet menerusi media sosial cukup kena dengan situasi sekarang ini. Jika dahulu ibu bapa sibuk menguruskan dan menghantar anak ke sekolah, kini hanya sediakan komputer riba di ruang tamu, meja makan ataupun di dalam bilik untuk anak-anak belajar.

Tidak kurang ada anak-anak yang bersemangat untuk bersekolah, siap pakai baju uniform walaupun hanya berada di rumah.

PPDR sekolah

Perkongsian seorang ibu, Nur’Adnin Syamil dalam akaun Facebooknya tidak ketinggalan berkongsi kenangan anak-anaknya bersekolah secara maya.

Bagi ibu kepada empat cahaya mata ini, beliau memahami cabaran sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PPDR) yang cukup getir, lebih-lebih lagi ketika musim Covid-19.

Pun begitu, ada juga saranan yang dipanjangkan bagi menjadikan sesi PPDR lebih menarik dan interaktif untuk memudahkan anak-anak memahami dan pada masa, sesuai untuk ibu bapa yang bekerja.

PPDR sekolah

Antara cadangan yang dikeutarakan adalah:

“Guru-guru harus sediakan content mengajar sendiri, contohnya video pendek berdurasi 10-30 minit. Hantar video di telegram/WhatsApp. Bila pelajar tengok video tu ada cikgu dia…baru rasa komunikasi itu ada walaupun bukan langsung seperti zoom atau GM. Cikgu pun tak buat kerja banyak kali. 1 video untuk semua kelas.

Boleh tengok banyak kali sampai faham. Lebih praktikal. Sekadar bagi pautan YouTube mana-mana adalah kerja terlalu mudah melainkan memang video tersebut sangat berkesan. Lebih baik, cikgu-cikgu muat naik video tadi ke YouTube. Guru boleh jana subscriber pula di sana. Kaaa chingggg~~ pahala berpanjangan gitu.”

Pada pandangan Nur ‘Adnin, sudah menjadi harapan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah secara maya untuk memastikan pendidikan dan masa depan mereka terjamin.

Iklan

“Seperti ibu-ibu, kami juga perlu hadam dan fahami gajet untuk memudahkan kerja anak-anak, begitu juga cikgu supaya dapat berkongsi lembaran latihan dengan sempurna dan kebolehan menukar gambar kepada format PDF adalah satu kewajipan.

“Alasan tak tahu teknologi sudah tak terpakai. Tak perlu beli scanner dan hanya menggunakan telefon pintar saja. Begitu juga kami sebagai ibu bapa, perlu sediakan apa yang perlu untuk kelengkapan anak-anak walaupun bekerja,” tulisnya.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian itu bersetuju dan masing-masing mengharapkan win-win situation bagi memudahkan kedua pihak berkongsi ilmu dan memanfaatkan ilmu sebaik mungkin.

PPDR sekolah

Ada juga yang berkongsi pendekatan sama sudah dipraktikkan di sekolah anak supaya masing-masing dapat belajar dengan baik sepanjang PKP.

Iklan

PPDR sekolah

Sekurang-kurangnya ibu bapa tahu usaha cikgu-cikgu untuk membantu memudahkan sesi pembelajaran dengan mudah tanpa kerja yang banyak.

PPDR sekolah

Memahami norma baharu sesi persekolahan 2021 kali ini, SinarPlus mengharapkan anak-anak terus bersemangat untuk bersekolah walaupun negara masih dilanda wabak virus korona.

Kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa amat penting bagi bersama menjayakan PPDR supaya input ilmiah dapat dikongsikan dan anak-anak pun gembira untuk belajar. #kitajagakita