GELAGAT seorang pakcik ini membawa sebungkus makanan setiap hari sering menjadi tumpuan.

Lebih-lebih lagi selepas dia tiba-tiba menjerit melaungkan nama Titi, Titi, Titi…Semua yang melihatnya terkejut apabila dikerumuni puluhan burung merpati.

Itulah pakcik berhati mulia yang dikenali dengan nama Hasfani yang suka berkongsi rezeki dengan puluhan burung merpati sejak lebih 19 tahun. Lama betulkan?

Panggilan Titi merupakan ringkasan nama merpati yang menjadi perhatian ramai termasuk seorang pemilik akaun Twitter, Fariz Ikhwan yang berkongsi video lelaki itu melalui media sosial yang tular baru-baru ini.

pakcik merpati

Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan Pakcik Hasfani melaungkan nama Titi sebelum sekumpulan burung merpati mengerumuni beliau.

Seolah-olah sudah faham rezeki menanti, burung-burung itu berkumpul bersama sebelum ditaburkan makanan.

Rata-rata warganet yang mengikut perkongsian video itu mengenali pakcik yang bekerja di restoran makanan tersebut.

Kalau beli barang kat sri gawa selalu nampak pakcik ni,” – @fakhriraid_

pakcik merpati

Iklan

Masya-ALLAH, berapa banyak doa burung ni semua utk pakcik ni.” – @waidawhd

pakcik merpati

Rezeki Tuhan itu benar! Besaq pahala bagi makhluk Tuhan makanan. Aku pi pagi-pagi Hussain. Aku nampak sekali dengan pak aku pak long ni orang berhenti moto tepi pak long ni. Lepaih tu bagi duit kat pak long ni. Mungkin dia suruh bagi makanan kat burung-burung tu? maybe?.” – @AfafAsyraf

pakcik merpati

Iklan

Aku selalu terfikir kenkadang burung datang banyak2 ni mesti Allah akan hantar 1 malaikat yg boleh menyerupai (dengan kuasaNya) nak tengok kebaikan hambanya dengan binatang lain jugak. Wallahualam :).” – @AnisNabiloss

Ya, dari segi Islam, perbuatan memberi makanan kepada makhluk ciptaan ALLAH SWT, besar pahala.

Tidak rugi untuk kita berbuat baik kepada manusia waima pada haiwan pun.