HADIAH berupa jambangan bunga, coklat mahupun patung comel sering dijadikan kejutan buat pasangan kekasih ataupun mereka yang sudah berkahwin.

Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan mereka yang bercinta, pemberian seumpama itu sebagai tanda kasih, menceria dan menghangatkan lagi hari-hari bahagia bersama.

Pun begitu, pernahkah anda membayangkan hadiah tersebut boleh menjadi penghubung sihir bagi mereka yang berdendam?

patung berhantu sihir

Perkongsian seorang pengguna TikTok, @tehibrahim membuatkan ramai warganet meremang bulu tengkuk apatah lagi kepada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga.

Mana tidaknya, patung gergasi yang dijadikan hadiah dipercayai dijadikan alat sihir gara-gara bekas kekasih ingin berkahwin dengan pilihan keluarga.

@tehibrahim##bear ##berhantu e##tiktoktrends2018sticker ##sweetcouple ##love ##putus ##sedih ##teamkelate ##sempoi##hantu ##kelate ##fypシ ##fyp ##sempoi ##malam ##seram♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Wanita yang membahasakan dirinya Teh itu berkongsi cerita mengenai kisah seram yang dialami seorang wanita bernama Ayu.

Ayu dikatakan diserang histeria dan menjerit seorang diri beberapa hari sebelum berkahwin.

“Ayu kerap diganggu ketika tidur. Antaranya patung bear boleh beralih tempat dan kena tindih. Insiden kaki dipegang patung itu membuatkan Ayu mengambil keputusan untuk menyimpan patung tersebut di atas almari.

Baca juga “Saya dapat rasakan dia ‘hidup’… Wanita dirasuk jin menumpang ‘teddy bear’ kesayangan

“Masa ustaz merawat Ayu, dia ada minta ahli keluarganya membawa keluar benda pelik dari biliknya. Sebaik sahaja adik Ayu jumpa patung bear tersebut dan tunjuk kepada ustaz, Ayu terus meronta-ronta kesakitan. Ustaz itu kemudiannya membakar patung tersebut di depan mata Ayu,” ceritanya.

Pada masa sama, wanita tersebut menasihatkan kepada para wanita di luar sana supaya membuang patung bear yang diberikan bekas kekasih jika tidak mahu berdepan insiden sama.

patung berhantu sihir

“Kalau tidak jadi kahwin dengan kekasih, seeloknya bakar, buang atau beri kepada orang lain,” katanya.

Video berdurasi dua minit 55 saat itu menerima tontonan lebih 88,000 tontonan.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut turut berkongsi pengalaman sama.

Iklan

patung berhantu sihir

patung berhantu sihir

Ustaz pun cakap tak elok simpan patung dalam rumah. Malaikat tak masuk nanti.

patung berhantu sihir

Lagi seram bila duduk seorang diri.

patung berhantu sihir

Iklan

Aduhai seram juga ni. Apapun benda yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Sebenarnya banyak kisah mistik dikaitkan dengan patung permainan tular di media sosial.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Malah, terdapat beberapa filem antarabangsa berdasarkan kisah benar tentang rasukan patung yang menakutkan.

Justeru, lebih baik mengambil langkah berwaspada dan ikuti nasihat yang dikongsikan. #kitajagakita #kitalaluibersama