TIDAK sangka penduduk di Bandar Puncak Alam sanggup buat begini!

Sanggup tubuhkan jawatankuasa khas, Jawatankuasa Prihatin Covid-19 Bandar Puncak Alam bagi membantu mengekang wabak di kawasan itu.

Apa yang menarik, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut membantu melaksanakan operasi nyahkuman di kawasan hotspot selepas dua kes terbaharu dilaporkan di Puncak Alam.

Tindakan proaktif Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA) itu juga wajar dipuji apabila bersama memberi kesedaran kepada orang ramai.

Mereka sanggup mengeluarkan surat kepada semua kedai dan restoran yang ada di kawasan Puncak Alam berkaitan langkah-langkah yang disarankan kerajaan.

covid19
MAJLIS Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut membantu melaksanakan operasi nyahkuman di kawasan hotspot.

Bukan sahaja surat diedarkan bahkan banner digantung sebagai kesedaran untuk kewajiban memakai topeng muka, mencuci tangan, menyediakan pencuci tangan atau sanitizer di premis.

Selain itu, pemilik premis juga diminta memastikan penjara sosial satu meter dilaksanakan selain memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor sekiranya wujud simptom wabak pandemik.

Ini kerana menurut Pengerusi 4PA, Mohd Hanif Md Sultan, pihaknya mengambil tindakan berjaga-jaga berikutan kebimbangan penduduk terhadap penularan jangkitan kluster Pasar Borong Selayang.

Iklan
COVID19
OPERASI nyahkuman di kawasan hotspot selepas dua kes terbaharu dilaporkan di Puncak Alam.

“Kita sudah ada dua kes positif Covid-19 disebabkan kluster Pasar Borong Selayang dan sudah menjadi harapan penduduk supaya rantaian wabak dapat diputuskan.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat yang sudi membantu dalam melaksanakan operasi ‘pembersihan’ premis terlibat,” kongsinya kepada Sinarplus.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKD Kuala Selangor di talian seperti berikut:

Iklan
  • 017 – 809 3455
  • 03 – 3289 3454
  • 03 – 3289 3455

 

Foto Ihsan MDKS