SIBUK menyiapkan tempahan nasi lemak pelanggan, wanita ini tidak menyedari gerak geri seorang lelaki yang datang membeli sarapan pagi di gerainya.

Sangkaannya hanyalah pelanggan biasa, namun sebaik sahaja pelanggan misteri itu bersuara mahu membeli mi goreng, wanita itu bagaikan terpaku.

“Ini anak makciklah,” kata pemuda itu sambil membuka topi dan mask di muka menyebabkan wanita itu terkejut dan terus menangis.

Rakaman video pendek berdurasi dua minit 19 saat yang dikongsikan dalam akaun Instagram @fopdrm itu cukup meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Hati ibu manalah mampu menahan rindu anak-anak yang jauh di perantauan lebih-lebih kekangan perintah kawalan pergerakan yang membataskan jarak dan pertemuan.

prank anak

Bagaikan memendam rasa, si ibu terpaksa meneruskan hidup tanpa anak yang disayangi di sisi dek tuntutan kerja namun apabila anak muncul depan mata, hanya air mata sahaja mampu terungkap.

6 bulan dalam pusat latihan, 3 bulan PKP tak dapat jumpa mak dan family.. Sekali dia buat suprise datang gerai nasi lemak mak dia.

Siapa yang belum dapat jumpa mak ayah lagi, bolehlah video call sekarang. Hargai dan kasihilah selagi mereka ada.”

Rata-rata netizen yang menonton video yang menerima lebih 16,000 tanda suka itu pastinya tidak terkecuali mengenang air mata melihat anak beranak itu berpelukan sambil menangis.

Iklan

Aduhai sedih admin. Ramai yang ‘marah’ sebab kupas bawang beramai-ramai. Ada yang terus teringat dekat mak dan ayah yang jauh di kampung.

Ok basah bantal. Hargailah ibu ayah anda selagi dia masih ade. Keje elok-elok jaga mak ayah tu cik. Happykan diaorang ok,” – @Ika_pf

Iklan

Touching sangat-sangat tengok video ni.”- @fazilah_abas

Keluaq ayaq mata jantan kakak…Rindu mak abah….tunggu cheq balik hujung bulan.”- @nanie_nizar