PERCUTIAN bersama keluarga adalah antara aktiviti yang menjadi tumpuan ramai selepas sempadan negeri dibuka.

Lokasi percutian di seluruh negara kembali ‘bernyawa’ setelah lama tidak menerima kunjungan pelancong.

Pasti korang ada pengalaman menyeramkan ketika bercuti bukan?

Antara gangguan yang sering dialami mereka yang bercuti adalah seperti berikut;

Baca juga: [VIDEO]Wanita OOTD Di Telaga Tujuh Langkawi Tetiba Muncul Wajah Misteri Buat Ramai Seram

1.Loceng bilik ditekan tetapi bila dilihat menerusi lubang peninjau tiada orang di depan pintu.
2.Paip di dalam bilik air terbuka sendiri.
3.Bunyi ketukan pada tingkap walhal bilik berada di aras tinggi.
4.Lampu dihidupkan dan dimatikan sendiri.
5.Saluran televisyen berubah walhal alat kawalamn jauh tidak diusik.
6.Bunyi perabot dialihkan sepanjang malam.
7.Kedengaran perbualan yang tidak difahami.
8.Hilai tawa atau tangisan mendayu ketika malam yang sunyi.
9.Kanak-kanak dan bayi tetiba menangis dan melihat ke arah satu sudut.
10.Muncul kelibat.
11. Selimut direntap dan tasbih yang sedang dipegang ditarik.
12. Bahagian anggota tubuh disentuh atau ditampar.

Baca juga: [VIDEO] Seram, kelibat entiti putih dirakam CCTV dalam rumah tak dihuni hampir sebulan

Bagaimanapun, jangan kerana gangguan ini korang membatalkan niat untuk bercuti di lokasi-lokasi yang dikatakan ‘panas.’

Paling mustahak ialah menjaga adab dan pertuturan untuk mengelakkan gangguan.

1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tidak tahu dalam bilik tu ada ‘benda’ atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, ‘dia’ tahu kita ini jenis beradab.

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana ‘benda’ ni mereka suka ‘mencuba’ barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang ‘ngam’, dia akan terus berada di situ, tidak berganjak sehingga ‘dia’ ikut kita balik rumah.

3)Sekiranya langsir bilik tertutup dan masih siang, bukakan langsir sebentar.

Iklan

Baca juga; [VIDEO]Kelibat pontianak waktu siang di hotel terbengkalai cetus seram

4)Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka sebentar. Ia tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling ‘sejuk’ di dalam sesebuah bilik hotel.

5)Jangan lupa juga, flush kan tandas sekali bertujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.

5) Sekiranya korang seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.

Iklan

Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.

6) Ketika hendak tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

Baca juga: [VIDEO] Sempat rakam entiti main kereta mainan tengah malam, pemuda ini kongsi cerita tidur sebantal dengan hantu raya

Sumber: Kaki Cuti

Jangan lupa follow kami di Instagram!