JIKA rajin berusaha dan tidak mengenal erti putus asa, apa sahaja perniagaan atau projek yang dilakukan, insya-ALLAH boleh berjaya.

Bukan mudah sebenarnya mahu berjaya dalam perniagaan yang diusahakan lebih-lebih dugaan ekonomi ketika ini agak goyah dek penangan wabak Covid-19 sehingga ramai yang gulung tikar.

Tidak kurang juga ramai kehilangan kerja disebabkan pengurangan kos, kakitangan dan sebagainya demi kelangsungan operasi sesebuah syarikat.

Pun begitu, semangat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Asher Ashwan dalam menempuh dugaan dalam dunia perniagaan wajar dijadikan panduan.

kak long

Antara dugaan yang pernah ditempuhi wanita ini apabila hanya mampu bertahan untuk setahun ketika berniaga air dalam bentuk bekas besar atas label Gelaihh.

Antara kata-katanya:

“Bertahan tak sampai setahun, dah bertimbun beban hutang. Biasalah, kafe ini maintenance dia lain daripada warung jalanan ini. Kapasiti pun tak boleh masuk ramai, bil api ayaq (air) tak payah ceritalah. Tutup kedai dengan hutang keliling pinggang.

“Masa hari-hari berniaga pun tak boleh nak bagi duit dekat parents n mertua, rasa tak guna sangat! Tutup kedai dengan hutang menggunung. Nak beli susu anak pun kena minta dekat mertua, anak-anak kalau nak merasa makan sedap masa duduk dengan tok dan makcik-makcik sajalah.”

Menanggung hutang yang banyak dan tidak dapat menjalankan perniagaan seperti diharapkan tidak membuatkan wanita ini hilang semangat. Bahkan semua dugaan itu menjadi pembakar semangat untuknya bangkit.

kak long

Dikurniakan ibu bapa dan mertua yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah berputus asa, membuatkan wanita ini terus bersemangat untuk buktikan kemampuan diri apabila berpeluang menyewa sebuah tapak baharu.

Hanya bermula daripada gurauan mertua yang mengatakan tapak tersebut ibarat terbengkalai dan tiada siapa mahu menyewa, wanita itu mengambil peluang yang ada untuk menyewa dan alhamdulilah, semua urusan dipermudahkan.

Iklan

kak long

Siapa sangka, bermula berniaga tanpa modal dan setelah berhabis duit dengan jual barang yang ada akhirnya jenama Gelaihh kembali menjadi sebutan orang.

Menurut perkongsian wanita itu lagi, tahun 2020 diberikan peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Dapat bagi kesenangan untuk mak pak dan mertua, dapat besarkan anak-anak dengan sempurna, dapat bantu upgrade hidup adik-adik Gelaihh family, dapat bantu orang lain cari rezeki.

Iklan

kak long

“Apa saja kami dapat bagi manfaat untuk orang lain, kami cuba. Selagi kita mampu, berjasalah buat semua orang. Jangan harap balasan manusia, tak ada benda setanding balasan daripada ALLAH SWT,” katanya.

Betulkan rezeki tidak pernah salah alamat. Berkat rajin berusaha dan berbuat baik kepada ibu bapa dan keluarga mertua, urusan wanita yang mesra dipanggil Kak Long ini dipermudahkan.

Semoga usaha gigih Kak Long berpanjangan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Buat yang masih mencari-cari sumber pendapatan baharu, jangan mudah berputus asa dan percayalah kepada rezeki ALLAH.