SELALU nampak tangan saja, tetapi baru-baru ini saluran YouTube Che Nom ‘meletup’ apabila wanita itu mendedahkan wajahnya.

Format baharu video yang dikongsikannya itu membuatkan ramai teruja dan meninggalkan komen yang memuji wajah pemilik nama Norma Bakar itu persis pelakon terkenal, Uqasha Senrose.

Ya, sekali pandang, memang ada iras.

che nom

che nom

Tidak kurang juga, ramai netizen khususnya peminat setia yang mengikuti perkongsian resipi Che Nom berkongsi pandangan mengenai look baharu video tersebut.

Ada yang mahu kekalkan format lama memandangkan pendekatan terbaharu yang dilakukan oleh Che Nom dirasakan lebih sesuai untuk ucapan sempena musim perayaan. Macam-macam netizen ni kan?

che nom

Ramai kata, lebih tenang melihat resipi yang dikongsikan walaupun nampak tangan saja sambil dijamu dengan tool branded.

che nom

Resipi yang dikongsikan turut diminati orang bukan Melayu tau!

che nom

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menyukai resepi yang dikongsikan, bahkan warganegara Indonesia pun minat.

che nom

Tidak keterlaluan penulis katakan, resipi yang dikongsikan Youtuber terkenal itu memang sedap dan menjadi trending lebih-lebih lagi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lalu.

Wanita yang berbakat itu turut menerima anugerah The Gold Play Button pada Februari lalu kerana memiliki sejuta pengikut di Youtube.

Dalam video berdurasi sembilan minit 51 saat itu, bekas jurutera berusia 39 tahun itu turut berkongsi resipi Tepung Pelita Lembut Gedik Tanpa Kukus.

Iklan

che nom

Memang sesuai sekali kerana kuih tersebut memang wajib ada di bazar Ramadan.

Jadi, tak perlu nak bersesak-sesak lagi mencari juadah berbuka puasa dan ikut saja resipi mudah Che Nom itu.

Siap tunjuk cara mudah nak buat bekas acuan tepung menggunakan daun pisang.

Berikut resipi Tepung Pelita Lembut Gedik Tanpa Kukus yang dikongsikan untuk tatapan semua pembaca SinarPlus.

Iklan

Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
1. 7 hingga 8 helai daun pandan.
2. 5 cawan air
3. 1 cawan tepung beras
4. 1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
5. 1 cawan gula
6. Sedikit pewarna hijau
7. ½ sudu kecil gula (kasar atau halus)

Bahan-bahan untuk lapisan santan:
1. 4 cawan santan
2. 5 sudu besar tepung beras
3. garam secukup rasa

che nom

Cara-cara:
1. Masukkan tepung dan kacau sekata dahulu.
2. Kemudian baru buka api dan kacau di atas api perlahan.
3. Apabila adunan sudah masak, tunggu sejuk sebelum tuang ke dalam acuan.
4. Siap untuk dihidang.