Pilunya, jalan terakhir buat adik ini. Pesakit usus kronik perlukan mesin infusion pump untuk terus hidup

yi pesakit usus kronik
August 8, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

BERGANTUNG hidup dengan mesin sepanjang hayat membuatkan pesakit usus kronik, Muhammad Qushairy Zakaria yang berusia lapan tahun itu tidak mampu bergerak lincah seperti kanak-kanak seusianya.

Lebih memilukan, Muhammad Qushairy yang manja dipanggil Yi itu disahkan mengalami masalah usus (Interstinal failure with malabsorption of unknown origin) ketika usianya mencecah enam bulan.

Kepada SinarPlus, ibu kanak-kanak itu, Rosnani Jaafar, 42, memberitahu, masalah kesihatan tersebut membuatkan anaknya sering muntah-muntah dan kerap membuang air besar selepas diberi susu formula sejak usianya empat bulan.

yi pesakit usus kronik

“Pada mulanya, saya ingatkan Yi tidak suka minum susu formula. Jadi, masa dia berusia enam bulan, saya cuba biasakannya dengan makanan berat, namun keadaannya masih sama. Saya lihat sistem badannya seolah-olah menolak untuk menerima makanan sehinggakan beratnya susut mendadak.

“Bayangkan beratnya hanya 3.1 kilogram saja ketika berumur setahun. Badannya kurus kering sampai nampak tulang. Yi juga tidak bermaya dan disebabkan itu saya terus bersetuju dengan saranan doktor untuk prosedur pembedahan,“ ceritanya satu persatu.

Baca juga Diserang sakit misteri, muntah keluar rambut dan histeria sampai panjat dinding, ibu ini kongsi kisah sedih anaknya

Bagaimanapun, kondisi anak bongsu daripada empat beradik dikatakan agak kritikal ketika menerima rawatan di Hospital Kemamam, Terengganu, sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk prosedur seterusnya.

yi pesakit usus kronik

Di PPUM, suri rumah itu berkata, mereka terpaksa berkampung di Wad Kanak-Kanak PPUM bermula pada Oktober 2014 hingga Februari 2017 sebelum si kecil itu dibenarkan pulang untuk dirawat di rumah.

Sepanjang tempoh lebih kurang empat tahun itu, Yi yang kini sudah berusia lapan tahun sudah menjalani lebih 12 pembedahan kecil termasuk memasukkan tiub Central Venous Line (CVL) ke dadanya.

Tiub tersebut disambungkan dari salur darah terus ke jantungnya.

Sebelum ini, prosedur sama dilakukan  melibatkan saluran darah utama pada paha kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan bagi memudahkan Total Parenteral Nutrition (TPN) disalurkan ke dalam badan sebagai sumber makanan.

Iklan

“Sedih memang sedih. Hati ibu mana yang sanggup merelakan tubuh anaknya ditebuk sana sini termasuk pada bahagian paha, pinggang dan dada, namun itu sahaja penyelesaian untuk Yi,“ ceritanya.

yi pesakit usus kronik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kata wanita itu, semangat juang Yi sememangnya cukup kuat. Bayangkan, kanak-kanak berkenaan mampu bertahan selama lapan tahun dengan pelbagai prosedur menyakitkan.

Sesungguhnya, ia adalah satu keajaiban buat pesakit senasibnya.

Iklan

“Memang tidak dinafikan, banyak kali kadar jantungnya lemah selepas diserang jangkitan kuman, namun ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk terus menjaganya sehingga kini.

Baca juga Usus pesakit cilik Hirshprung masih belum bekerja sepenuhnya, mohon doa orang ramai supaya Hail terus sembuh

“Namun kali ini, saya lemah semangat. Prosedur CVL terus ke jantung adalah ‘penyelesaian terakhir‘ buat Yi. Doktor pun sudah maklum untuk saya bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan,“ beritahunya yang tidak mampu menahan sebak.

Perlukan mesin tambahan

Reda dengan ketentuan takdir dan demi perjuangan terakhir, suri hati kepada Zakaria Din, 32, itu berusaha untuk mendapatkan satu lagi mesin infusion pump bernilai RM3,900.

“Yi memerlukan satu lagi mesin untuk memasukkan ubat yang semakin bertambah mengikut usianya. Mesin ini perlu dipasang 12 jam setiap hari untuk memasukkan ubat dan tidak boleh dibuka terlalu kerap kerana berisiko dijangkiti kuman.

yi pesakit usus kronik

“Kalau diserang kuman, Yi tidak bermaya. Boleh dikatakan hampir setiap bulan dia dijangkiti kuman dan terpaksa berulang alik hospital,“ katanya yang bergantung hidup dengan pendapatan suami sebagai pembantu tukang rumah.

Mengenai kos yang diperlukan, Rosnani bersyukur kerana keperluan perubatan dan kos rawatan anaknya dibantu agensi kerajaan melalui bantuan bulanan termasuk rawatan CVL yang bocor baru-baru ini.

“Alhamdulillah, urusan perubatan Yi dipermudahkan. Duit bantuan yang ada saya simpan untuk bersiap sedia jika Yi diserang jangkitan kuman secara mengejut. Cuma ketika ini, saya masih memerlukan mesin tambahan untuk ubat sahaja.

yi pesakit usus kronik

“Saya berusaha sebaik mungkin untuk memberi rawatan yang terbaik kepada Yi selagi termampu kerana saya tidak tahu berapa lama lagi dia akan bersama saya,“ katanya penuh syahdu.

Kepada orang ramai yang ingin membantu Yi, boleh hulurkan sambungan ikhlas anda ke akaun Maybank 162339095282 atas nama Rosnani Jaafar.

About Arziana Mohmad Azaman