DUGAAN berniaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cukup besar, lebih-lebih lagi apabila tiada orang datang berkunjung seperti selalu.

Barangkali pembeli perlu berdepan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat atau malas untuk keluar rumah kerana tidak boleh lepak seperti biasa.

Tidak kurang juga, ada pilihan lebih mudah. Hanya di hujung jari sahaja, makanan yang dipesan sampai terus depan rumah.

capati

Pun begitu, sayang sekali bagi peniaga sambilan yang tiada runner, mereka terpaksa bergantung harap dengan kehadiran pelanggan ke premis mereka sahaja.

Seperti kisah seorang pemuda ini yang berusaha untuk mempromosikan air tangan ayahnya yang pandai membuat capati homemade yang cukup gebu.

Perkongsian @frhtndzmi dalam akaun Twitter menceritakan kisah bapanya yang berniaga makanan secara sambilan di Cendrawasih 1, Bandar Enstek, Negeri Sembilan sebagai pendapatan sampingan.

capati

Menurut beliau, bapanya yang bekerja secara syif mengambil peluang yang ada untuk berniaga capati dengan beberapa pilihan kuah iaitu kuah sardin, daging keema, kari masala dan dal bersama dengan sup cendawan serta roti halia.

“Tolong promote geng. Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang, kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku pagi kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong, so tolong petang saja sampai tutup malam.

By the way, ayah aku jual capati memang sedap sampai doktor India dekat QS aku pun kata sedap. Dia pulak tukang masak. Malam ini sekeping capati pun tak jalan lagi dengan aku bosan, tengok muka dia pun bosan,” tulisnya.

Pemuda tersebut juga memberitahu, menu jualan akan bertambah pada masa akan datang dan bagi mereka yang mencari burger atau sate, gerai sebelah bapanya pun ada.

capati

Capati homemade bapanya nampak sungguh enak kerana mempunyai tekstur gebu dan berbentuk bulat.

Masakan tidak, cara menyiapkan sajian dalam tempoh satu hingga dua minit itu semuanya menggunakan tangan. Masak sekeping-sekeping, demi mendapatkan hasil yang cantik.

Pemuda tersebut pun ada kongsikan gambar capati milik bapanya untuk tontonan umum.

Fuhh nampak sedap! Pilihan kuah yang memang cukup menyelerakan buat ramai warganet terliur, tetapi ada juga yang kecewa sebab tidak boleh rentas negeri.

capati

Tidak lupa juga, pemuda tersebut ada berterima kasih kepada rakan Twitter yang sudi berkongsi lokasi gerai bapanya kepada umum untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Rata-ratanya warganet memuji tindakannya yang disifatkan anak yang baik kerana sudi membantu perniagaan bapanya.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya capati homemade itu dibuat sejuk beku untuk pasaran luar Negeri Sembilan.

capatiAda juga permintaan untuk membeli capati tersebut untuk disedekahkan kepada orang ramai.

capatiSokongan moral dan doa turut dititipkan kepada pemuda itu supaya dimurahkan rezeki dan perniagaan terus berkembang.

capati

Apapun usaha yang dibuat, diharapkan perniagaan bapa pemuda itu berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat capati.

Tetap gigih berusaha demi menambah sumber pendapatan keluarga pada saat negara masih berdepan dugaan wabak Covid-19. Jangan putus asa ya!