MASIH berbaki 17 hari lagi untuk orang ramai memenangi hadiah lumayan sempena Peraduan PKPNimsXSinar yang bakal berakhir pada 14 April ini.

Apa yang lebih menarik, ganjaran wang tunai bernilai RM30,000 juga ditawarkan untuk hadiah kategori utama selain RM10,000 untuk penyertaan replika dan video kreatif yang pastinya membuat ramai teruja untuk memenangi ‘duit raya’.

Justeru, Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman mengajak orang ramai agar tidak melepaskan peluang keemasan berkenaan.

PKPNIMSXSINAR

“Apa yang perlu lakukan adalah hanya kumpul dan menang hadiah utama. Cukup mudah, bukan? Rugi jika lepaskan peluang yang jarang-jarang yang ditawarkan ini.

“Saya percaya, hadiah wang tunai ini nanti boleh digunakan sebagai persediaan menyambut Syawal sekali gus meringankan beban keluarga,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Pada masa sama, bagi memudahkan penyertaan, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, pihaknya akan menyenaraikan lebih berstruktur senarai nama Master Leader (ML) dan Leader Stokis (LS) atas permintaan ramai.

PKPNIMSXSINAR

“Sebelum ini, saya menerima rungutan ramai yang maklumkan susah untuk mendapatkan stok, jadi bagi mengelakkan masalah itu berulang, saya senaraikan nama ML dan LS sekali lagi.

“Pendekatan ini bukan sahaja membantu, bahkan membuatkan mereka lebih peka dengan ejen berhampiran, sekali gus memudahkan mereka untuk menyertai Peraduan PKPNimsXSinar,” kata anak jati Kota Bharu, Kelantan itu.

Perancangan

Dalam pada itu, Tengku Norhanim yang juga graduan Universiti Malaya berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti menarik untuk menghargai penggemar NIMS ADELICIOUSZ.

“Jika ditanya untuk projek akan datang, memang saya rangka banyak pelan untuk mengembangkan lagi potensi produk. Khas untuk Aidilfitri nanti, kami akan mengeluarkan produk eksklusif NIMS Letup Raya yang sememangnya dinanti saban tahun,” ujarnya.

Iklan

PKPNIMSXSINAR

Bagi memastikan jenama lokal itu sentiasa menjadi buruan ramai, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur itu berkata, beliau akan sentiasa mencari idea bernas untuk memastikan jenamanya sentiasa up to date.

“Saya sangat fokus untuk membangunkan produk baharu dengan kajian penyelidikan dan pembangunan sendiri supaya penggemar jenama ini tidak bosan.

“Saya percaya, setiap produk yang dihasilkan dengan inovasi rasa tersendiri dan sentuhan kasih sayang membuatkan ia lebih disukai,” tuturnya.

Iklan

PKPNIMSXSINAR

Sebelum menutup bicara, Tengku Norhanim sekali lagi menggalakkan peserta yang berhasrat untuk menyertai peraduan agar sentiasa peka dengan pengumuman terkini yang dibuat melalui dua platform iaitu di akhbar Sinar Harian dan juga Sinar Harian Online hingga 14 April nanti.

NIMS ADELICIOUSZ dan Sinar Harian melancarkan peraduan PKPNimsXSinar dengan ganjaran RM150,550 sempena pelancaran edisi istimewa, Siri Pelangi sebagai tanda penghargaan kepada peminat jenama lokal tersebut.

PKPNIMSXSINAR