Remaja hilang dakwa mangsa noda bapa tiri, warganet kesal tindakan ibu, 5 fakta perlu tahu

BARU-baru ini seluruh negara gempar dengan kes kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Melaka. Kehilangannya sejak 17 Mac didakwa keluarganya diculik lelaki.

Malah semasa kejadian kehilangannya juga didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh termasuk bau harum dan angin kencang.

Portal berita tempatan baru-baru ini melaporkan remaja disyaki dirogol bapa tiri manakala suspek suami isteri telahpun ditahan. Ia susulan satu laporan mengenai kejadian rogol ke atas satu remaja perempuan berusia 16 tahun di Jasin, Melaka.

Baca juga: Setahun dirogol, liwat, akhirnya bapa dan 3 abang dicekup. Derita remaja perempuan berakhir

Baca juga: Di mana Aliah Qistina? Gadis 16 tahun hilang, ibu kongsi peristiwa aneh malam kejadian

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1-Pasangan suami isteri ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kejadian rogol membabitkan anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

2- Suspek yang merupakan bapa tiri serta ibu kandung mangsa masing-masing berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam 8 April 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sejurus tiba dari Sabah.

3-Lebih memilukan perbuatan terkutuk suspek lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut diketahui isterinya yang merupakan ibu kandung mangsa.

4- Remaja perempuan yang masih bersekolah itu dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak tahun 2020.

5-Ibu dan bapa tiri remaja berkenaan ditahan reman hingga 15 April ini bagi membantu siasatan.

6- Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan/109 kanun sama.

Baca juga: Netizen bengang, lelaki beristeri dua tergamak jadikan anak ‘hamba s*ks’ dipenjara 45 tahun, 24 sebatan

Kredit foto: Astro Awani

Mangsa dijumpai di Kampar, Perak selepas 18 hari dilaporkan hilang. Ibunya mendakwa sebelum hilang remaja itu telah ditegur menggunakan telefon bimbit terlalu lama.

Warganet kesal dengan insiden itu berharap kes diadili dengan wajar agar nasib gadis berusia 16 tahun itu terbela.

– “Jangan terlalu percaya kepada suami, lagi-lagi kalau kita ada anak perempuan. sayangi mereka.”

– “Ibu tunggal ada anak tolong fikir 10 kali sebelum kahwin lagi. Moga nasib mangsa terbela”

– “Jika benar, trauma mangsa sepanjang hidupnya. Moga dipermudah dan keadilan tertegak.”

– “Kasihan mangsa, berapa ramai lagi gadis di luar sana yang masih berdiam diri.”
Garis panduan mangsa perkosa

Baca juga: Bapa durjana! Cabul, rogol 2 anak dipenjara 20 tahun, 8 sebatan. Berikut fakta kes

SARANAN DAN TEGAHAN BAGI MANGSA ROGOL & LIWAT

Jenayah rogol bukanlah perkara asing kini, walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan. Namun masyarakat perlu mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya kes-kes ini berlaku kepada kita atau orang terdekat.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Perkara yang mesti dilakukan oleh mangsa rogol atau diliwat :

a) Jangan tertekan dan menyalahkan diri sendiri.

b) Pergi ke tempat yang selamat dan beritahu orang yang dipercayai.

c) Buat laporan polis bagi mempercepat siasatan.

d) Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin, sebaik-baiknya pada hari yang sama.

e) Pemeriksaan segera oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.

f) Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.

Iklan

Perkara yang tidak dilakukan sekiranya anda dirogol atau diliwat:

a) Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis.

b) Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.

c) Jangan menukar pakaian.

d) Jangan menggosok gigi.

e) Jangan makan atau minum.

f) Jangan pergi seorang diri. Pastikan pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor atau polis.

Persetujuan atau kebenaran mangsa

-Sebelum sebarang pemeriksaan Klinikal Forensik dibuat, doktor akan menjelaskan kepada mangsa secara terperinci proses pemeriksaan supaya difahami oleh mangsa.

Iklan

-Mangsa akan diberi pilihan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai pemeriksaan.

-Persetujuan oleh mangsa perlulah diberikan secara bebas, sukarela dan tanpa paksaan selagi mana mangsa bukan di bawah umur 18 tahun dan mempunyai keupayaan berfikir untuk membuat keputusan.

-Mangsa berhak untuk ditemani oleh seorang waris atau orang yang dipercayai atau seorang peguam semasa pemeriksaaan dijalankan.

Baca juga: Sedih…anak mithali selamatkan ibu diperkosa, tetapi dibunuh secara brutal oleh pelaku

Sumber: Myhealth, Astro Awani 1, 2

Kredit foto utama: Astro Awani , Freepik 1 , 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.