SANGGUP menghantar makanan ke mana sahaja lokasi pelanggan tanpa merungut.

Meskipun lokasi agak asing, namun abang dan kakak delivery sanggup demi mencari sesuap nasi.

Banyak kisah yang kita dengar mengenai abang atau kakak delivery yang bertungkus-lumus bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak penularan wabak Covid-19.

abang deliveryPeranan abang dan kakak delivery itu lebih menonjol ketika negara dilanda wabak virus korona virus.

Ini kerana ramai masyarakat ketika awal pelaksanaan PKP mengambil inisiatif duduk di rumah dan menggunakan khidmat penghantaran terus ke rumah.

Ada kisah lucu dan sedih, malah ada cerita kurang enak yang terpaksa mereka hadapi termasuk kena prank oleh segelintir pelanggan tidak bertanggungjawab.

Pun begitu, ada kisah mengenai kegigihan seorang penghantar Foodpanda yang sanggup meredah sungai demi menghantar makanan kepada pelanggan.

abang delivery

Beberapa gambar yang tular di media sosial turut dikongsikan warganet, @anthraxxxx dalam akaun Twitter turut mengundang pelbagai reaksi.

Ramai yang mengandaikan lokasi penghantaran makanan tersebut terletak di sebuah pasar terapung yang terkenal di Bangkok, Thailand.

Yang melucukan, foto yang dikongsikan menunjukkan seorang abang delivery mengendalikan sampan lengkap dengan topi keledar.

Gelagat pemuda yang berbaju merah jambu itu menghantar sebungkus makanan kepada pelanggan yang merupakan pemancing di tengah sungai.

abang delivery

Tidak dapat dipastikan sama ada ia hanya troll atau kejadian benar, namun gelagat abang delivery tersebut memang menjadi tumpuan.

Apapun komen warganet tidak pernah mengecewakan.

Rata-rata mereka dengan semangat brotherhood mengakui tugas seorang penghantar makanan bukan biasa-biasa.

Iklan

Bukan sahaja menghantar makanan, bahkan penjenayah pun kena ligan.

abang delivery

Ada juga yang mempertikaikan kenapa perlu memakai helmet ketika mendayung sampan atau mahu menyelam sekali? 😂😂

abang delivery

Ada yang back up abang delivery berkenaan kerana demi keselamatan memakai helmet kerana pelanggannya di sungai.

Iklan

abang delivery

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan gambar lucu abang delivery yang sedang ‘bersidai’ sambil menunggu tempahan pelanggan.

abang delivery

Kerajinan dan kesungguhan abang dan kakak delivery wajar dipuji. Selagi kerja halal, tidak perlu kita malu dan rasa rendah dirikan?

Apa yang penting, dapat meneruskan kelangsungan hidup pada saat negara masih belum stabil dek penangan Covid-19. #kitajagakita