SESIAPAPUN akan datang perasaan teringin menikmati makanan sedap kan?

Seperti yang terjadi kepada seorang budak lelaki ini apabila merasa sangat teringin, dia memesan makanan melalui online.

Yang sedihnya, mungkin daripada keluarga yang susah dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa, dia membayar makanan itu dengan srider yiling.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @idealuzair yang berkongsi kisah rakannya bernama Faiz Rosman bekerja sebagai penghantar makanan yang menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

Alahai! kesian dan tersentuh hati apabila membacanya!

Lelaki itu juga turut berkongsi paparan skrin perbualan dengan rakannya yang bercerita mengenai bagaimana dia menghantar pizza ke rumah kanak-kanak itu.

Ketika membuat penghantaran, Faiz telah menerima sejumlah duit syiling dalam beg plastik dan dia terus beredar dari situ tanpa sempat mengiranya.

Menurutnya, dia terus ke sebuah pam petrol untuk menukar duit syiling tersebut.

Setelah itu, baru dia menyedari budak tadi hanya membayar RM18 walhal harga sebenar berjumlah RM28.50.

Dengan niat sekadar mahu mengusik, Faiz bertanyakan semula kepada kanak-kanak tersebut mengenai bayaran yang tidak cukup.

Faiz turut ‘mengugut’ kanak-kanak itu akan memberitahu ibu bapanya dan membuat laporan polis kerana dia telah menipu.

Risau dengan keadaan itu, kanak-kanak tersebut meminta untuk Faiza datang kembali untuk mengambil duit yang tidak cukup itu.

Iklan

Baca juga Gikgu buat kelas online dari koridor hospital curi perhatian warganet

Namun jawapan yang sangat sebak diterima iaitu,”Saya takut ayah saya marah. Saya cuma teringin nak makan. Abang datanglah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan dan penghantaran.”

Walau bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menganggap itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan teringin untuk menikmati pizza.

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata sebak dengan keadaan kanak-kanak itu dan mendoakan Faiz dimurahkan.

@hamdiqalif82 – Bila nampak syiling je dia kasi, mesti dia ni korek tabung sendiri semata-mata nak rasa makan pizza

balQisss – “Saya cuma teringin nak makan”, “saya takut ayah saya marah” ya Allah… Semoga adik ni sentiasa dimurahkan rezeki nanti boleh makan apa je yang dia nak dan terima kasih sebab halalkan makanan budak tu, semoga dimurahkan rezeki.

@AbeSyfq_ – Semoga adik ni menjadi orang yang berbudi pekerti bila besar nanti.

@aryyaff – Rupanya di zaman modenisasi, wujud lagi budak yang beradab mulia, semoga adik happy selalu dunia akhirat!

Syed – Baik nya adik ni. Cuma abang rider ni kuat betul menyakatnya. I feel u bro, aku pun rider jugak, tahu bila perasaan duit makanan tu short bila nak Bank in. Ada pengajaran semua ni.