SUSAH hati sampai tidak boleh tidur!

Demikian luahan mantan pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof yang tidak senang duduk apabila mengetahui ada yang hidup susah di dalam kawasan kejiranannya.

Terlebih dahulu, kata Azmeer, beliau memohon maaf kerana lambat mengambil tindakan susulan.

“Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni. Maafkan saya makcik. Semoga Allah mengampunkan saya,” tulisnya menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

azmeer

Menurut Azmeer, beliau mengetahui kisah mak cik tersebut selepas menerima banyak mesej daripada orang ramai.

“Insya-ALLAH seandainya ada rezeki saya pagi ini dan tiada mana-mana pihak take part, saya akan bina rumah baru untuk makcik ini.

“Jom kita sama-sama bina rumah baru makcik ini dengan memberi sumbangan kepada 8604202446 (CIMB) Pusat Pengajian Azmeer Yusof,” katanya.

Tulis Azmeer lagi, rumah makcik berkenaan hanya lima minit dari rumah beliau.

SinarPlus difahamkan, bukan sahaja kisah wanita itu menjadi tumpuan, bahkan ada beberapa kes rumah daif yang dibantu Azmeer demi keselesaan penghuninya.

azmeer

Iklan

Terbaharu, kisah seorang lelaki yang menetap di sebuah rumah yang serba kekurangan tanpa bekalan elektrik di kawasan sekitar.

“Saban hari saya memikirkan nasib pakcik ini. Kalau hujan bagaimanalah pakcik ini. Bocor sana sini. Nyamuk pastinya juga banyak. Elektrik pun tiada sedangkan kita menikmati hidup-hidup yang selesa.

“Semoga Allah ampunkan kita kerana membiarkan pakcik ini hidup dalam serba kekurangan. Allahu. Seandainya kalian menjumpai pondok seperti ini, boleh WhatsApp saya. Insya-ALLAH saya bantu ubah pondok kepada rumah,” pesannya.

Iklan

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan misi Azmeer untuk membantu mereka yang memerlukan berjaya.

azmeer

Mudah-mudahan apa yang diusahakan dengan niat yang baik dan ikhlas dirahmati ALLAH dan dipermudahkan segala urusan. #janganputusasamalaysia