Sebuah kisah Syawal yang menyentuh perasaan, pasangan suami isteri kendong anak tak berbaju sanggup berjalan jauh 20km demi bahagiakan anak…

June 2, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

KETIKA insan lain bergembira dengan set baju baharu sempena Aidilfitri, masih ada keluarga yang tidak mampu untuk membeli persiapan waima untuk anak-anak sekalipun.

Kisah yang menyentuh kalbu itu diceritakan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Abd Ghani Haron mengenai kegigihan sebuah keluarga kecil yang sanggup datang sejauh 20 kilometer untuk mendapatkan baju terpakai yang tergantung di bawah bumbung di luar rumahnya.

Iklan

Berdasarkan petikan Facebook Abd Ghani, beliau menulis:

“Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar.

Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun. Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung.

Iklan

sedekah
BUKAN sahaja baju terpakai, sumbangan makanan juga diberikan kepada penduduk memerlukan.

Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya… barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami.

Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di Sungai Petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.

Iklan

“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.

Kata-kata itu membuatkan saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita.

Artikel berkaitan: Syurga di bawah tapak kaki suami, tapi ia bukan ‘tiket’ perlakukan isteri sesuka hati

Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.

Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana PKP, keluarga itu cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya.

Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.”

sedekah
PROJEK Sedekah Jariah yang dilaksanakan meringankan beban penduduk setempat.

SinarPlus difahamkan, projek sedekah pakaian terpakai itu sudah dilaksanakan sejak hampir sembilan tahun lagi bagi meringankan beban golongan keluarga yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang pakaian terpakai, periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat pun boleh di Tikam Batu, Kedah atau pos sahaja di alamat 318B, Kampung Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah.

Sama-samalah kita membantu dan berkongsi rezeki.

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman

 
Iklan