BERITA agak mengejutkan apabila salah satu rangkaian runcit milik penceramah bebas terkemuka, Ustaz Ebit Lew dipecah masuk pada jam 3.30 pagi, kelmarin.

Baru sahaja beroperasi tidak sampai tiga bulan, Elewsmart di Sungai Buloh, Selangor itu menjadi perhatian dan sasaran individu tidak bertanggungjawab.

Sempat terakam sosok tubuh penjenayah yang menggeledah mesin duit dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis terbabit.

Masalahnya, bukan satu bahkan dua lelaki yang membuat ‘kerja’ tersebut sebelum melarikan wang tunai RM3,600.

Tidak cukup dengan itu, tin susu bayi, coklat, gula-gula dan panadol juga turut disamun penjenayah terbabit.

EBIT LEW

Luahan bapa kepada empat anak itu dalam akaun Twitter, @pesanebitlew ternyata membuatkan warganet turut bersedih.

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman CCTV.

Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik.

Melalui status dalam akaun Facebook miliknya pula, beliau memaklumkan, dua lelaki memakai topi keledar memecah masuk kedainya.

Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya.

Rata-rata warganet turut menitipkan ucapan takziah dan berkongsi pandangan supaya insiden sama tidak berulang kembali.

“Pekerja ustaz tinggal duit dalam cash drawer ke? kalau ya, bolehlah ustaz usahakan untuk beli satu peti besi bagi menyimpan duit sale utk hari tersebut, pagi besok terus bank in. Cadangan je Ustaz.”

EBIT LEW

“Salam Ustaz Ebit. Takziah atas kejadian kecurian. Saya cadangkan Ustaz Ebit beli Burglary Insurance (kecurian oleh pihak luar) dan juga Fidelity Guarantee Insurance (kecurian oleh pekerja) untuk melindungi risiko kecurian terjadi lagi. All the best, Ustaz. Semoga dipermudahkan.”

EBIT LEW

“Ya Allah,semoga Allah kuatkan semangat dengan dugaan yg menimpa ke atas @ustazebitlew ini. Semoga pelaku jenayah ini bertaubat dan di di hukum dengan kesalahan yg di buat di atas muka bumi ini. Ya Allah kuatkan semangat saudaraku @ustazebitlew ini menempuh dugaanmu Ya Allah.”