Status FB wanita ini yang sanggup dermakan buah pinggang demi suami tersayang buat warganet sebak

August 24, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

SIAPA sanggup melihat insan tersayang menderita sakit lebih-lebih lagi buah pinggang disahkan kronik tahap 5.

Tidak sanggup melihat suami tersayang tidak bermaya dan bergantung hidup dengan dialisis, Norhasnizah Hadinin sanggup membuat keputusan drastik.

Iklan

Masakan tidak, wanita berusia 36 tahun itu sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk didermakan kepada suami, Muhamad Hizat Firdaus Kamarulzaman, 33.

Perkongsian anak kelahiran Sabah itu dalam akaun Facebooknya menjentik hati warganet apabila sanggup berkorban demi suami tersayang.

sakit buah pinggang

“Alhamdulillah hari ni hari ke-5 selepas berjaya pemindahan organ pada suamiku…pembedahan yang berlangsung dalam 8 jam gitu.. aq (aku) disedarkan dalam bilik bedah, bangun jak tanya mana suamiku, nurse kata suami tengah touch up terakhir tapi dia ok..

Ok tutup mata balik, buka2 mata di wad sudah, nurse tengah salinkan baju, pasangkan oksigen dan mataku mamai2 nampak mami.. aq nangis tengok mami, mami peluk cium aq dan ambil gambar buat familyku, aq cakap mahu handphone mahu kol bapa.. dapat vc (video call) sama bapa kejap tapi bapa terus lari masuk bilik menangis bilang abangku…

Aq tidur semula.. mata berat lalok.. buka mata lagi sebab doktor datang, time tu semua ada, mami, NurrulAzira Angah umi, Adilah Kz (driver mami ulang alik hospital) doc tanya sapa jaga, angah nak jaga.. degil budak tu, aq kata xyah jaga…aq tak diberi makan semalaman sebab takut usus terganggu.. tak sabar besoknya nak jumpa lakiku di icu…

 

sakit buah pinggang

Esoknya buat2 gagah mau p icu ditolak pakai wheelchair oleh dak angah.. smpai di icu tengok lakiku senyum, muka berseri, aq tahan air mata, tunjuk aq kuat kekononnya hahaha, eh tunjuk aq dah boleh jalan walaupun baru hari kedua…dah borak2 dan peluk lakiku, aq minta kebenaran sama dia mahu balik bilik la, sbbnya nafasku sudah semput2 ni…

Sampai bilik, aq naik katil lEpas tu terus capai oksigen.. hahahahhaha..dalam lapar2, si budak Ummu Athiyah Mohamed Azmi call tanya mau makan bubur mcd ka, aq mmg mau la.. hahahhaha, pantas jugak budak tu datang..

Pagi hari ketiga tu, doc datang, aq tunjuk aq duduk sendiri di kerusi dan doc pun terperdaya bagi aq balik.. sebelum balik, jenguklah lakiku di ICU, alhamdulillah muka dia lagi bercahaya daripada sebelumnya.

 

sakit buah pinggang

Tak sabar tunggu dia keluar hospital, tak sabar tengok dia sihat tanpa dialisis.. doakan supaya dipermudahkan rawatan suamiku, semoga sihat seperti orang normal… terima kasih sebab tak putus-putus mendoakan kami… sayang kamu semua…

#jangantakotdermaorgan…
cerita ini utk kenangan masa hadapan…
gambar selepas pembedahan…

Rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat dan doa buat pasangan romantik ini. Tidak kurang juga ada yang sebak dengan pengorbanan wanita itu.

Iklan

sakit buah pinggang

Cukup terharu dengan pengorbanan wanita ini. Moga keduanya terus sihat dan kembali aktif ya? #janganputusasamalaysia

 

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman

 
Iklan