SANGGUP tinggalkan sidang dewan di Parlimen lebih awal untuk bertemu ibunya di Johor.

Begitulah kasihnya seorang anak yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap wanita melahirkannya itu yang juga seorang pejuang kanser.

mama saddiq

Terpaksa tinggalkan parlimen awal untuk ke Johor, demi mama.

My mum is a fighter.

In 2013, she won the battle against breast cancer.

2 weeks ago, we found out that the cancer is back.

Tomorrow mama will be going through her operation.

Tolong doakan untuk mama

Red heart.

mama saddiq

Perkongsiannya dalam akaun Twitter nya itu menyentuh hati warganet apabila rata-ratanya menitip doa buat ibu ikon pemuda tersebut.

Walaupun tidak dalam tampuk politik yang sama, namun ramai yang tetap mendoakan yang baik-baik.

Walaupun ideologi kita tak sehaluan but im pray good health for your mom, mak saya pun pernah menghidap brest cancer and cell cancer dier active balik since this year. Saya doakan mak YB kuat semangat lawan penyakit yang dihidapi. -Moxx Runnnnnn | محمد خيرون @K19un

Netizen juga menyifatkan anak yang baik sentiasa menjaga dan mendoakan ibu bapa.

Iklan

Anak yang baik sentiasa menjaga dan mendoakan kedua ibu bapa. Semoga Allah swt berikan kesihatan kepada ibu YB. -norizan sharif @nobisha

Pernah kritik cara berpolitik, namun doakan syurga Syed Saddiq kembali sihat.

Syed Saddiq… Walau pun saya tak sependapat dan ada mengkritik cara kamu berpolitik, itu bukan bermakna saya benci pada kamu. Semoga ibu kamu kembali sihat seperti sedia kala dan mejalani kehidupan yang jauh lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. Aamin.. -вιsωαя∂ι нαsвι @BiswardiHasbi

Berharap agar pembedahan lancar

Iklan

Semoga pembedahan berjalan dengan lancar, dan mama Saddiq sembuh dengan sempurna. – Lim Yi Wei 林怡威 @LimYiWei4MY

Moga mama sentiasa kuat

Semoga mama sentiasa kuat dan diberikan kesembuhan dengan izinNya. She deserve all the happiness n good health.. dun give her stress it will make her health drop to the low.. May Allah bless her always.. – .Anisafiqah28@Princessoflurve