BERDEPAN musibah di tengah jalan raya memang mencemaskan. Lebih-lebih berlaku di tengah lebuh raya yang jauh daripada penempatan orang ramai.

Lebih mengecewakan, jika tiada yang sudi menghulurkan bantuan. Hal itu barangkali terjadi disebabkan ramai orang yang ada perasaan paranoid kononnya terdapat cubaan merompak.

Kesudahannya, ramai yang hanya pandang dan fokus kepada pemanduan walaupun dalam niat mahu hulurkan pertolongan.

Namun, kisah pemuda yang berdepan masalah tayar motosikalnya pecah di tengah jalan membuktikan masih ada rakyat Malaysia yang masih prihatin.

tayar pecahPerkongsian Danish Dylonn dalam akaun Twitter membuktikan masih ada insan mulia yang sudi membantu ketika dalam kesusahan.

Tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, beliau dibantu seorang pakcik yang tidak dikenalinya ketika berdepan musibah di lebuh raya.

SinarPlus difahamkan, motosikal yang ditunggang mengalami masalah tayar belakang ketika dalam perjalanan menuju ke utara.

Antara kata-katanya:

Pecah tayar belakang atas highway. Polis ronda datang tapi luar kemampuan diaorang, tak boleh nak tolong.

Lagi 10km nak ke Tol Gopeng, terpaksa tolak motor slow-slow. Datang uncle ni offer nk tolong angkut motor pergi bengkel motor. Thank you uncle. Proud to be Malaysians!.”

Perkongsian yang menerima lebih 6,000 retweet itu mengundang rasa bangga dalam kalangan warga netizan melihat keprihatian pak cik itu membantu.

Siap tawarkan mahu bawakan menggunakan lori yang dipandu untuk ke bengkel. Bayangkan kalau tiada pak cik itu, terpaksalah pemuda itu tolak motosikalnya seorang diri sepanjang perjalanan.

Iklan

Rata-rata warganet memuji tindakan pak cik mulia itu dan ada yang turut berkongsi pengalaman sama berdepan musibah di lebuh raya.

tayar pecahtayar pecah

Ada juga warganet mengusik dengan mengatakan, berilah ganjaran sebagai menghargai pengorbanan pak cik itu, pun begitu Danish memaklumkan, pak cik itu enggan menerima duit kerana tahu dirinya tengah susah.

Iklan

tayar pecah

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman, masih ada orang yang baik-baik di luar sana yang sudi membantu.

tayar pecah

Apapun, SinarPlus salute kepada mereka yang berhati mulia dan sanggup membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Semoga mereka yang membantu dimurahkan rezeki dan dikelilingi orang yang baik-baik.