HANYA bermula daripada hobi, seorang pemuda kelainan upaya (OKU) mampu menjana pendapatan dengan hasil jualan ikan laga pelbagai spesies.

Mohd Faizal Khamis yang berusia 37 tahun itu berkata, beliau tidak menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai alasan untuk berjaya seperti insan lain.

Ujarnya, menanggung sakit saraf ketika berusia 11 tahun membuatkan beliau tidak mampu berjalan sendiri dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Pun begitu, anak bongsu daripada 12 beradik itu berkata, semua kekangan itu tidak mematahkan semangat untuk berjaya dalam bidang ternakan ikan laga yang mempunyai nilai komersial cukup tinggi di Simpang Renggam, Johor.

ikan laga

Perkongsian video terkini di Facebook miliknya, Atok Steady berdurasi 28 saat itu menunjukkan kemajuan projek yang diusahakan sejak setahun lalu membuahkan hasil.

Kepada SinarPlus, Mohd Faizal berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedikit sebanyak menjejaskan jualan, namun permintaan yang diterima cukup memberangsangkan.

“Alhamdulillah, walaupun PKPB dan tidak boleh rentas negeri tapi pelanggan dalam negeri dan kawasan berhampiran masih ada yang sudi datang membeli stok ikan laga.

ikan laga

” Sekarang ini walaupun badan tak sihat sebab demam tapi saya kuatkan semangat untuk uruskan ikan, jualan dan grooming ikan untuk memenuhi tempahan pelanggan,” katanya penuh semangat.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, hobi menternak ikan laga menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya walaupun menyedari diri serba kekurangan.

” Alhamdulillah, saya syukur dengan nikmat ALLAH berikan dan walaupun jualan ada turun naik namun saya tetap positif. Setakat ini, jualan untuk borong saya hentikan sementara.

ikan laga

” Sebab stok terhad dan saya perlu tunggu ikan yang diternak betul-betul cukup umur dan cantik. Barulah puas hati nak jual kepada orang ramai. Bila barang kualiti, pelanggan akan terus datang,” katanya yang mementingkan kepuasan pelanggan.

Iklan

Kegigihan Faizal turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk pemimpin setempat, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Artikal berkaitan: Respek, pemuda tanpa lengan bekerja keras jual nasi lemak viral demi survival hidup

Dalam perkongsian di Facebook Pejabat Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee pernah melawat projek yang diusahakan pemuda gigih itu yang mesra dipanggil dengan nama Ijal.

Antara kata-katanya:

Pejabat saya telah meluluskan permohonan bantuan tersebut berupa simen untuk lantai dan pasangkan bumbung di tempat beliau meletakkan balang dan besen ikan.

Iklan

” Semoga dengan beberapa bantuan ini dapat memudah dan memajukan lagi perusahaan Ijal, insya-Allah. Kita sokong perniagaan anak muda!.”

ikan laga

Sesunggugnya, Kesungguhan Mohd Faizal memberikan inspirasi kepada anak muda untuk terus kreatif mencari sumber pendapatan yang halal sepanjang tempoh PKPB.

Contohilah usaha gigih anak jati Simpang Renggam ini yang tidak mengenal erti putus asa dan menjadikan minat sebagai sumber pendapatan. #janganputusasamalaysia