Tidak sabar nak dapat kaki baharu berkat doa hari-hari, permintaan si kecil ini buat netizan sayu hati

adik syahmi
December 14, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

JIKA hati tidak kuat, bukan mudah sebenarnya berdepan dugaan apabila anak yang dikasihi dilahirkan tanpa kedua kaki selain berdepan masalah jantung.

Bagi Azlindahani Othman, dirinya perlu kuat selepas doktor mengesahkan anaknya yang dikandung tujuh bulan itu mengalami masalah Multiple Conginetal Anomalies, sumbing dan hanya ada satu buah pinggang sahaja.

Iklan

Pernah disarankan untuk menggugurkan kandungan kerana komplikasi tersebut, namun wanita itu percaya dengan kuasa ALLAH dengan rezeki yang diberikan, ibu berusia 38 tahun ini enggan membuat demikian dan mahu menjaganya zuriatnya.

adik syahmi

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keimanannya, kini usia Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf atau mesra disapa Cami itu sudahpun mencecah sembilan tahun dan menjadi seorang anak yang kuat, sihat dan mudah dijaga.

Rajin berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu dalam akaun Facebook dan blog, membuatkan ramai netizan sebak lebih-lebih lagi melihat semangat si kecil tersebut yang rajin belajar dan solat.

Iklan

adik syahmi

“Masa ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu, saya ada tanya Cami nak hadiah apa…mulanya saya tak faham, rupa-rupanya dia nak sama tinggi macam abangnya. Rupa-rupanya dia nak kaki sempurna.

” Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hanya boleh pujuk dia dan kata kepadanya, di syurga nanti apa yang Cami minta semuanya dapat termasuklah kaki untuk Cami buat berlari dan berjalan,” kongsinya sebak.

Iklan

adik syahmi

Akui berdepan alahan teruk ketika awal kandungan dan banyak menghabiskan masa berehat di bilik sepanjang kandungan tidak membuatkan ibu kepada Syed Nabil Syarifuddin, 13, ini mengeluh.

” Saya percaya dengan rezeki dan ketentuan ALLAH. Selagi nyawa dikandung badan, saya akan jaga Cami dan Nabil dengan sepenuh kasih sayang. Alhamdulillah rezeki ALLAH itu luas.

adik syahmi

” Cami tidak sabar nak dapat kaki baharu selepas ada sebuah syarikat ingin membantu menyumbang alat sokongan. Doakan ya semuanya dipermudahkan,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu dalam Facebook.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan si kecil itu tidak putus-putus menitipkan doa supaya semua yang diusahakan berjaya.

adik syahmi

Tidak kurang juga ramai yang memberikan kata-kata semangat dan dorongan positif buat keluarga itu yang berusaha yang terbaik untuk anak istimewa mereka.

adik syahmi

Sesungguhnya setiap ujian ALLAH itu ada hikmahnya. Semoga adik Cami terus kuat berjuang dan menjadi anak yang soleh untuk keluarganya.

Moga kita dapat contohi semangat juang adik ini untuk meneruskan hidup. #janganputusasamalaysia

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman

 
Iklan