BERHADAPAN dengan situasi anak mengigau merupakan satu perkara biasa bagi seorang ibu.

Pelbagai ragam yang anak-anak tonjolkan ketika itu seperti tidur berjalan, bercakap sewaktu lena dan melakukan sesuatu perkara tanpa sebab.

Walaupun perkara itu dilihat agak lucu, tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keadaan itu adalah petanda bahawa anak-anak anda tidak dapat rehat yang cukup.

Baru-baru ini tular rakaman di laman sosial, TikTok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang separa sedar hendak ke sekolah sewaktu Maghrib.

Kredit foto: PNW Production

Video berdurasi 54 saat itu telah dimuat naik oleh @Fauzalinafauzi, telah mendapat lebih 900,000 tontonan.

Menerusi rakaman berkenaan, anak perempuan kepada Fauzalinafauzi menyangkakan jam 7 petang adalah pada wajtu pagi. Si cilik itu dengan segera, lalu menyandang beg sekolah untuk keluar dari rumah.

Lebih melucukan, kanak-kanak tersebut hanya memakai sungkup kepala sambil memegang tudung sekolah.

Beritahu wanita itu, anaknya bertindak sedemikian kerana tidur selepas pada waktu Asar dan bangun ketika menjelang waktu Maghrib.

Kredit foto: Phil Nguyen

SinarPlus kemudiannya meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa apa yang terjadi sesuatu yang agak kelakar, lebih-lebih lagi terjadi kepada kanak-kanak.

Berikut antara petikan komen netizen:

“Saya pun pernah terjadi macam ini.”

“Macam saya masa kerja dulu, tidur pagi sampai petang sebab cuti dan bangun pada pukul 6 petang, ingatkan 6 pagi, bergegas mandi dan nak bersiap.”

“Ini mesti kes tidur petang. Dulu, aku pun tidur petang lama, bangun saja tidur terus nak bersiap pergi sekolah dalam keadaan mamai.”

“Akibat tidur selepas Asar. Adik saya pun pernah jadi macam ini.”

Kredit foto: ANTONI SHKRABA

Dalam pada itu, SinarPlus merujuk penulisan Healthline tentang sebab kanak-kanak berjalan sewaktu tidur.

Baca juga: ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!

Iklan

Jelas laman perubatan itu, sekiranya kanak-kanak berhadapan dengan perkara tersebut mungkin disebabkan oleh kepenatan, kurang waktu tidur, tabiat tidur yang tidak teratur dan stres.

Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam memastikan anak-anak mendapatkan waktu rehat yang berkualiti. Berikut saranan Healthline yang ibu bapa perlu tahu:

Kredit foto: cottonbro

i) Pastikan anak-anak tidur pada waktu yang sama setiap malam.
ii) Wujudkan rutin sebelum tidur seperti mandi air suam dan mendengar muzik yang menenangkan.
iii) Pastikan ruangan tidur anak-anak gelap, tenang dan selesa.
iv) Sekiranya bilik anak anda ada penyaman udara, pastikan suhu kurang daripada 24 darjah Celsius.
v) Hadkan pengambilan air sebelum anak-anak tidur dan pastikan mereka membuang air kecil sebelum melelapkan mata.
vi) Elakkan minum minuman kafein dan bergula sebelum tidur.

Sekali lagi SinarPlus ingin pesan, sekiranya anda berhadapan dengan situasi anak-anak mamai, mengigau atau berjalan ketika tidur, ia mungkin petanda bahawa mereka tidak dapat rehat yang secukupnya.

Iklan

Justeru, praktikkan syor yang telah diberikan supaya si kecil dapat menikmati waktu rehat yang sempurna.

Baca juga: ‘Bela tapi susahkan jiran’ – Wanita geram, hempas penyapu lepas jumpa 3 longgok najis kucing

Baca juga: 5 kes tragis culik, bunuh kanak-kanak menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan