UNTUNGNYA hidup dalam suasana keluarga campur. Bukan sahaja dapat merasai keunikan perbezaan bahasa dan budaya, bahkan berpeluang menikmati keenakan masakan yang pelbagai termasuk menu pantang.

Perkongsian pengguna TikTok, @hajarangelique nampaknya membuat ramai kagum apabila ibu mertuanya berbangsa India rajin memasak hidangan berpantang mengikut resipi masyarakat Cina.

Video ringkas yang bertajuk Pantang Style Keluarga Malaysia. Melayu, Cina, India Semua Ada dikongsikan turut menerima lebih 860,000 jumlah tontonan.

Rakaman itu antara lain menyaksikan pegawai kesihatan yang mempunyai dua cahaya mata berkenaan berkongsikan pengalaman berpantang bersama ibu mertua yang datang menjaganya baru-baru ini.

keluarga campur

Memetik kata-katanya, beliau berkahwin dengan seorang jejaka yang berasal daripada keluarga campur yang mana bapanya berbangsa Cina, manakala ibunya pula berbangsa India.

“Inilah keluarga Malaysia saya. Walaupun berbeza agama dan bangsa, alhamdulillah ibu mertua saya sudi datang untuk menjaga saya ketika pantang buat kali kedua.

“Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripadanya adalah mempunyai ibu mertua yang sangat baik. Tidak lupa juga buat famili saya yang datang melawat dan menjaga saya,” katanya.

keluarga campur

Wanita itu turut bersyukur apabila seorang lagi zuriat keluarga Malaysia dapat dilahirkan dengan selamat.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut terharu melihat kebaikan yang dikongsikan walaupun masing-masing berbeza agama.

keluarga campur

Bertuahnya, tak perlu nak upah orang luar jaga masa pantang.

keluarga campur

Ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua.

keluarga campur

Suka tengok. Syukur dapat ibu mertua macam ini.

keluarga campur

Iklan

Indahnya hidup, unik dan 1Malaysia

keluarga campur

Hargailah ibu. Satu dalam 10 tu, susah nak dapat.

keluarga campur

Satu anugerah terindah!

Moga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

Iklan

Baca juga Tak kisah beza agama dan budaya, aksi adik ini suapkan kawan OKU buat netizen sebak

Betul orang kata, walaupun berlainan agama dan bangsa, tapi jika kita saling hormat menghormati antara satu sama lain,  insya-ALLAH silaturahim akan terus utuh.

Inilah keunikan anak Malaysia, semoga bulan kemerdekaan kali ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan