Usaha anak muda ini luar biasa, mampu jadi jutawan pada umur 16 tahun lagi

usahawan belacan
October 29, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

KETIKA usianya baru mencecah 16 tahun, anak tunggal ini mampu menjana pendapatan lumayan dengan hanya menjual ikan bilis dan belacan yang dibuatnya sendiri.

Jika dilihat umurnya yang baru setahun jagung ketika itu, Mohd Aimy Shahril Mat Ali sudah mampu mengupah 10 pekerja yang lebih berusia dan berpengalaman untuk membantu beliau.


Kejayaan anak jati Kampung Seberang Takir, Terengganu itu turut dikongsikan di akaun Facebook Bahagian Pembangunan Usahawan Giatmara dan pernah tular dalam media sosial sejak 2016 lagi.

usahawan belacan

SinarPlus difahamkan, sejak kecil anak muda itu sudah ‘bermain’ dengan ikan bilis dan udang geragau dan kini usianya sudah menjangkau 19 tahun, kejayaannya cukup membanggakan.

Dipendekkan cerita, pada umurnya 13 tahun lagi beliau sudah didedahkan dengan cara pembuatan belacan oleh allahyarham bapanya, Mat Ali Sulong.

Iklan

Usahawan muda itu kehilangan ibu tersayang pada sembilan tahun lalu. Bapanya pula, meninggal dunia sebulan lalu.

usahawan belacan

Memetik kata-kata pemuda yang tidak pernah kenal erti putus asa itu:

Iklan

Saya sudah uruskan perusahaan ini sejak empat tahun lalu dan tak sempat nak ambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pun tetapi semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya.

“Alhamdulillah saya boleh hasilkan 1,000 ketul belacan sehari dan kalau ikutkan purata yang boleh saya jual dalam sehari tu dalam 700 ketul.

“Tipulah kalau saya tak pernah kena tipu dalam dunia perniagaan ini tetapi saya jadikan satu iktibar.”

Ujarnya lagi, lazimnya beliau mampu memproses sebanyak 500 kilogram (kg) ikan bilis sehari, manakala sekitar bulan September hingga November pula, sebanyak 1,000kg ikan bilis (ketika ini jualan ikan agak murah).

usahawan belacan

Antara spesies bilis yang diproses adalah seperti bilis pucat, tembaga merah, bara, tembaga hitam, manakala spesis tembaga merah paling mahal dijual.

“Dalam sehari, saya boleh jual sehingga 100 kilogram bergantung kepada pasaran,” katanya lagi.

Sesungguhnya, ilmu yang diwariskan bapanya nampaknya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Mohd Aimy.

Mudah-mudahan adik ini terus berjaya menjadi salah seorang jutawan produk tempatan satu hari nanti. Insya-ALLAH.

Foto Facebook Amazing Terengganu dan Belacan Sri Tanjung Mas

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman