SEDIH memang sedih. Bila menyambut Aidilfitri tanpa insan tersayang dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak boleh merentas negeri.

Siapa tidak sayu apabila tidak dapat balik kampung sambut Syawal bersama ahli keluarga tercinta? Begitulah keadaan seorang adik yang rindukan abangnya dek terpisah dua negeri.

Perkongsian Nur Adilah Abu Sien dalam akaun Facebook cukup menyayat hati apabila bersalaman dan bermohon maaf dengan abangnya di sebalik kawat duri. Aduh sebaknya!

“Pertemuan abang dan adik di sempadan daerah hulu selangor musim pkpb… Terlerai jua kerinduan,walaupon dihalang oleh jejari besi.”

air mata syawal

Video berdurasi satu minit 57 saat itu dimuat naik dalam laman Facebook miliknya yang dirakam oleh anaknya di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu tular sejak semalam.

Iklan

Dalam rakaman yang diiringi dengan lagu dendangan Aishah berjudul Pulanglah itu, dapat dilihat seorang wanita bersalaman, mencium tangan dan mengusap pipi sambil menangis.

Sebelum bersalaman, sempat lagi si abang menghulurkan bungkusan lemang sebagai tanda ingatan buat ibu mereka yang uzur.

Iklan

Video penuh meruntun hati itu menjentik perasaan warganet apabila mereka bersimpati dengan ‘perpisahan’ itu dan mendoakan wabak Covid-19 cepat-cepat hilang di muka bumi.