[VIDEO] Berjalan tak ingat jalan balik rumah, pemilik kucing ini terpaksa jemput 'mereka' pulang

kucing
September 1, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

GELAGAT si bulus apabila dapat berjalan-jalan sekeliling taman perumahan memang melucukan.

Apatah lagi ramai pencinta kucing berkongsi pelbagai ragam haiwan kesayangan masing-masing yang perlu dijemput pulang kerana ralit melepak bersama 'kawan-kawan'.

Aduhai. Paling membuatkan semua geli hati apabila si manja itu seolah-olah tahu tuannya akan datang mengambilnya di rumah kawan setiap petang.

kucing

Begitulah yang dialami seorang pemilik kucing, Ilham Syah yang berkongsikan momen melucukan menerusi page Kucing Malaysia baru-baru ini.

Dalam video pertama berdurasi satu minit 25 saat itu, pemuda tersebut yang menunggang motosikal memanggil dua kucing kesayangannya yang melepak di rumah orang.

"Dapat berjalan, tak ingat nak balik dua 'ketul' ni. Jadi satu kerja pula nak kena pergi jemput baru nak balik," tulisnya.

Kedua-dua si manja yang digelar Oyen dan Chiki itu dipanggil berkali-kali sebelum turun pagar dan terus menaiki motosikal tersebut.

Pun begitu, seekor lagi yang dipanggil Oyen lambat-lambat turun membuatkan si Chiki tidak sabar.

Apa yang lawaknya, pemuda itu memintanya bersabar, sementara menunggu Oyen sampai.

Faham pula ya si kucing itu mendengar arahan.

Sekali pemuda itu meminta si Chiki untuk duduk di ruang seat depan, si bulus itu terus memanjat dan duduk diam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

kucing

Si Oyen pula siap duduk di ruang kaki motosikal tersebut dan masing-masing menikmati angin petang sebelum sampai ke rumah.

Perkongsian dua video pendek itu membuatkan rata-rata pengikut page tersebut terhibur lebih-lebih lagi melihat gelagat dua kucing gebu itu.

Iklan

Rata-rata mereka kagum dengan kepatuhan kucing tersebut yang duduk senyap di atas motosikal.

kucing

kucing

Terdapat juga komen yang berkongsi pengalaman si bulus yang melepak di atas bumbung rumah sehingga terpaksa menggunakan tangga untuk mengambil mereka.

kucing

Gayanya seperti pemandu bas sekolah memanggil anak suruh balik.

Iklan

kucing

Tidak kurang juga yang geram dengan si comel tersebut.

kucing

Minta abah pasangkan raga, senang si Oyen dan Chiki naik motosikal.

kucing

Kalau tidak dijemput, mesti melepak sampai malam.

kucing

Memang banyak ragam si bulus ini membuatkan kita kadang-kadang geram, namun tidak kurang juga si comel itu mampu membuatkan hati gembira.

Barangkali sudah menjadi habit si kucing suka melepak di rumah orang, jadi terpaksa redalah.

Jika tidak diambil pulang, tidak tenang hati dibuatnya.

kucing

Lagi-lagi si bulus itu memang comel dan gebu. Sayang kalau hilang atau diambil orangkan?

Apapun, salute dengan semua pencinta kucing yang cukup prihatin dengan kebajikan si bulus masing-masing.

Lagi-lagi dengan si Oyen yang terkenal dengan perangai nakalnya, tapi tak semuanya macam itu kan?

About Arziana Mohmad Azaman