PASTINYA, banyak momen mengujakan buat ibu bapa yang berpeluang untuk menghantar anak mereka ke sekolah sempena sesi persekolahan 2021 bermula Isnin lalu.

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran Dari Rumah (PdPR) secara bersemuka untuk murid darjah satu, dua dan tiga disambut baik ibu bapa, meskipun terpaksa berdepan norma baharu.

Pun begitu, tidak kurang juga gelagat si kecil yang macam-macam karenah. Ada yang teruja untuk bersekolah dan ada juga yang takut berdepan persekitaran baharu.

Barangkali sudah terbiasa belajar dari rumah, ada dalam kalangan anak-anak khususnya darjah satu enggan untuk ke sekolah.

Tidak hairanlah jika berlaku insiden mencemaskan termasuk murid berlari pulang ke rumah. Ya, insiden ini benar-benar berlaku!

Perkongsian video yang dikongsikan @shahfahzan di Twitter mengenai seorang murid yang tekad mahu pulang ke rumahnya memang melucukan.

lari sekolah

Video pendek berdurasi satu minit 14 saat itu memperlihatkan seorang lelaki yang sempat merakam gelagat seorang budak lelaki yang sedang berlari.

Lengkap dengan uniform sekolah, budak lelaki itu terus berlari, meskipun dipujuk lelaki yang dipanggil pakcik itu untuk menghantarnya ke rumah.

Dengan nada tidak cukup nafas, lelaki itu sambil berlari memujuk kanak-kanak itu yang terus berlari bersama beg dan kasut sekolah.

“Sini…sini. Ada polis. Pakcik hantar balik. Marilah pakcik hantar balik.”

Namun, kanak-kanak lelaki itu tetap berlari sebelum berhenti di tepi jalan selepas ditahan seorang wanita yang menunggang motosikal.

Sambil menangis mahu pulang ke rumah, wanita yang memakai baju berwarna merah jambu memujuk budak comel tersebut sebelum dibawa naik ke motosikalnya.

Pasti ramai yang mahu tahu apa yang terjadi selepas itu, namun video itu hanya terhenti setakat itu sahaja. Barangkali budak itu selamat sampai di rumah agaknya.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian di Twitter pula sibuk membincangkan tentang nasib si pakcik yang dikatakan semput mengejar kanak-kanak itu.

Ada yang siap bagi trivia pengakhiran lelaki itu dengan tiga pilihan jawapan.

lari sekolah

Iklan

Comfirmed juara merentas desa budak ini!

lari sekolah

Ada juga yang bertanyakan kamera apa digunakan kerana gambarnya tidak bergoyang.

lari sekolah

Acara larian sambil bawa ‘beban’.

lari sekolah

Iklan

Teringat pula kisah kecil-kecil dulu.

lari sekolah

Memang tidak dinafikan, insiden seperti itu membuatkan ramai yang teringat kisah zaman sekolah kerana penulis sendiri pun pernah berdepan situasi sama.

Pun begitu, salute kepada guru-guru yang berusaha sebaik mungkin untuk menjaga anak murid sepanjang berada di sekolah.

Kasihan juga guru-guru yang tidak dapat merasai pengalaman menghantar anak sendiri pada hari pertama persekolahan demi anak murid mereka.

Hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru kita. Moga sesi persekolahan dalam norma baharu dalam diteruskan demi kelangsungan pendidikan anak-anak, insya-ALLAH.